ARTIKEL

Kementerian Luar dalam proses evakuasi warga Malaysia di Tebing Barat – Zambry

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar kini dalam proses evakuasi bagi mengeluarkan seorang wanita rakyat Malaysia dari Tebing Barat susulan pertempuran antara Israel dan Palestin sejak 7 Okt lepas.

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata wanita itu yang dikenali sebagai Dr Nurul Ain Latif dari Kota Bharu, Kelantan telah berkahwin dengan seorang warga Palestin, dan dia dilaporkan berada di tempat yang selamat.

“Kita sedang berusaha untuk melakukan proses evakuasi buat Dr Nurul Ain, dan hingga kini kita mendapat kerjasama daripada Kedutaan Filipina bagi mengeluarkan keluarga ini bersama-sama lapan warga Indonesia yang berada di kawasan itu,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Tan Hong Pin (PH-Bakri) yang ingin tahu bantuan yang diberikan oleh kerajaan bagi memastikan keselamatan warga Malaysia, terutama yang berada di Tebing Barat susulan konflik yang berlaku.

Selain Dr Nurul Ain, beliau berkata terdapat seorang ibu dan tiga anak yang merupakan pemegang pasport Malaysia, dilaporkan berada di kawasan konflik. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Mesyuarat mingguan hingga 20 Mac selesai isu padi, beras

KUALA LUMPUR: Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta majlis itu

Fahmi ulang jaminan keselamatan sistem PADU

Kerajaan mengulangi jaminan terhadap keselamatan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) susulan dakwaan sistem yang mengumpulkan data peribadi rakyat Malaysia itu digodam. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil

BERITA TERBARU

Sedar mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Mi kolo digazet nyadi Pemakai Pesaka Menua

KUCHING: Pemakai ti dikerindu mensia mayuh di Sarawak, mi kolo diatu udah digazet nyadi siti Pemakai Pesaka Menua tauka ‘Makanan Warisan Kebangsaan’. Pekara nya mega