ARTIKEL

Kementerian Pengangkutan berhasrat teruskan bantuan Flysiswa kepada lebih 56,000 pelajar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kementerian Pengangkutan berhasrat untuk meneruskan pemberian bantuan tiket penerbangan (Flysiswa) tahun hadapan bagi pelajar universiti awam yang balik ke kampung pada musim perayaan dan cuti semester.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibolah berkata, seramai 56,000 pelajar akan menerima manfaat menerusi bantuan subsidi tersebut.

Katanya, menerusi bantuan tersebut ia akan mengurangkan beban pelajar yang menuntut di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Kita di kementerian memohon bajet untuk meneruskan Flysiswa ini yang menyasarkan lebih kurang 56,000 pelajar untuk kemudahan pelajar.

“Jadi anak-anak kita boleh merancang mengatur penerbangan balik cuti dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pengoperasian Radar di Kuching di bawah projek KKFIR, di Tapak Radar Kuching hari ini.

Beliau berkata, pemberian bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan itu adalah sebanyak RM300 dan diberi sekali beri (one off).

Dalam pada itu, Hasbi berkata, harga tiket penerbangan tinggi pada masa kini disebabkan oleh keadaan pelaburan luar dan harga minyak kapal terbang.

Jelasnya, ia menjadi antara sebab terdapat perbezaan dan penambahan pada harga tiket penerbangan.

Oleh itu katanya, insentif mungkin akan disediakan pada musim perayaan untuk menangani masalah di luar kawalan tersebut.

LAIN-LAIN BERITA

Sawit naik RM3,750 setan

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), sebuah badan di bawah Fitch Solutions Group Ltd, telah membuat semakan dan menaikkan unjuran bagi harga

Dua sahabat didakwa cubaan bunuh lelaki

KUCHING: Dua sahabat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki berusia 36 tahun dalam satu kejadian tular di media sosial

Wawasan Tun Taib menjurus kepada pemodenan Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai karakter sebagai pemimpin berwawasan dan seorang yang berfikiran strategik berjaya membawa perubahan, sekali gus

Tun Taib bawa pembangunan berterusan

KUCHING: Hubungan rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang terjalin rapat sejak pentadbiran bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membawa

BERITA TERBARU

Sawit naik RM3,750 setan

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), sebuah badan di bawah Fitch Solutions Group Ltd, telah membuat semakan dan menaikkan unjuran bagi harga

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Dua sahabat didakwa cubaan bunuh lelaki

KUCHING: Dua sahabat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki berusia 36 tahun dalam satu kejadian tular di media sosial