ARTIKEL

Kementerian Pengangkutan komited bantu import 759 khinzir dari Denmark

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pemain industri perniagaan daging terkemuka, Green Breeder Sdn Bhd mengimport sekitar 759 ekor khinzir dengan berat sekitar 38 tan dari Denmark.

Pencapaian itu menjadi penanda aras penting sektor penternakan tempatan sekali gus dijangka merancakkan pelaburan dalam aktiviti pertanian dan penternakan di negeri ini.

Di samping itu, usaha tersebut sebagai galakan untuk meningkatkan operasi pembiakan tempatan, kepelbagaian genetik serta mengukuhkan landskap pertanian di negeri ini.

Syarikat itu dalam satu kenyataan menegaskan akan terus komited dalam menyokong pertanian tempatan dan memastikan keselamatan makanan melalui pengoperasiaannya.

Dalam pada itu, kenyataan itu turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin atas bantuan mereka untuk mendapatkan variasi sijil operator udara asing (FAOC) bagi pengoperasian Penerbangan Atlanta Icelandic ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK).

Untuk rekod, syarikat terbabit telah melaksanakan sewaan penerbangan khas untuk mengangkut barangan import dari Denmark ke Kuching.

Pesawat itu akan memulakan perjalanan dari Liege, Belgium sebelum transit di Bahrian dan selepas itu dijangka tiba di Kuching.

LAIN-LAIN BERITA

Suasana hiba di kediaman Tun Taib

KUCHING: Suasana hiba dan sayu menyelubungi persekitaran kediaman Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, petang ini. Keadaan cuaca mendung turut seakan-akan turut berduka dengan

BERITA TERBARU

Suasana hiba di kediaman Tun Taib

KUCHING: Suasana hiba dan sayu menyelubungi persekitaran kediaman Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, petang ini. Keadaan cuaca mendung turut seakan-akan turut berduka dengan