ARTIKEL

Kementerian Perladangan dan Komoditi sesuai kendalikan pengurusan karbon

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Premier Sarawak mencadangkan agar hal berkaitan pengurusan karbon diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Perladangan dan Komoditi.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia sesuai untuk diserahkan kepada kementerian tersebut kerana menjadi peranan mereka menjaga hal ehwal komoditi.

Beliau turut mendedahkan bahawa perbincangan sudah dibuat bersama-sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi untuk menyenaraikan karbon di bawah kementeriannya.

Abang Johari ketika berucap pada Majlis Ramah-tamah Aidilfitri anjuran Jabatan Premier Sarawak di Atrium DUN Sarawak

“Ini bagi memastikan ia selari dengan perundangan untuk mengurus bidang ekonomi baharu serta mematuhi garis panduan yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah-tamah Aidilfitri anjuran Jabatan Premier Sarawak di Atrium Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Tambahnya, jika cadangan ini diterima, perdagangan karbon boleh diselaraskan dengan perimeter undang-undang yang sedia ada.

“Sarawak sudah berada di hadapan dalam perkara ini, jadi saya berharap agar kerajaan persekutuan juga dapat bergerak selaras dengan pendekatan ekonomi baharu,” jelasnya.

Sehubungan itu, Abang Johari turut mencadangkan agar Fadillah membawa perkara ini di parlimen supaya Sarawak dan Malaysia boleh menjadi sebahagian daripada pasaran perdagangan karbon antarabangsa.

BERITA LAIN

‘Strongman Challenge’ tarik minat orang awam

KUCHING: Penganjuran pertandingan ‘Strongman Challenge’ dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan minda yang kuat dalam kalangan anggota polis serta orang awam. Komandan Pulapol Kuching, SAC

BERITA TERBARU

‘Strongman Challenge’ tarik minat orang awam

KUCHING: Penganjuran pertandingan ‘Strongman Challenge’ dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan minda yang kuat dalam kalangan anggota polis serta orang awam. Komandan Pulapol Kuching, SAC