ARTIKEL

RAKAMAN KENANGAN… Shahren (tiga kanan), Jeniri (dua kanan) serta kakitangan Cats FM dan CENTEXS Commercial menyempurnakan rakaman takbir raya yang dipimpin oleh Mustapha (tengah) di Juma’ani Pavilion, di sini, malam tadi.

Kemeriahan Takbir Raya Bersama CENTEXS Commercial dan Media Tempatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Laungan takbir Hari Raya Aidilfitri CENTEXS Commercial dengan kerjasama tiga agensi media tempatan akan berkumandang bermula 1 Syawal nanti.

Pengurus Besarnya Shahren Yusri berkata, ia merupakan pertama kali mereka manganjurkan rakaman takbir bersama rakan media termasuk Suara Sarawak, New Sarawak Tribune dan Cats FM.

“Alhamdulillah, sesi rakaman yang kita jalankan hari ini (27 Feb) berjalan lancar. Insya-Allah kita akan dapat mendengarkan takbir raya ini pada Hari Raya pertama dan dimainkan secara berulang-ulang.

“Jadi, jangan lupa dengarkan siaran radio Cats FM dan ikuti media sosial Facebook CENTEXS Comercial, Suara Sarawak dan New Sarawak Tribune,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Rakaman Takbir Hari Raya Aidilfitri 1445h/2024M yang dipimpin oleh Imam Besar Sarawak Datuk Mustapha Kamal Ahmad Fauzi di Juma’ani Pavilion, di sini, malam tadi.

Tambahnya, program tersebut bukan hanya untuk mendengar takbir raya tetapi juga  mengeratkan lagi ukhuwah antara saudara sesama Islam termasuk dalam kalangan rakan media serta warga kerja CENTEXS Commercial.

Sementara, turut diadakan sebelum rakaman takbir adalah solat fardhu Maghrib serta Isyak berjemaah, tazkirah bertajuk amanah dan tanggungjawab sebagai pekerja di bulan Ramadan oleh Mustapha serta bacaan Yasin beramai-ramai. 

Rakaman takbir itu juga telah dimulakan sekitar jam 8.30 malam dan disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Suara Sarawak dan New Sarawak Tribune Datuk Dr. Jeniri Amir; serta kakitangan Cats FM dan CENTEXS Commercial.

BERCAKAP… Shahren ketika ditemui pemberita.

BERITA LAIN

Mangsa kebakaran di Kampung Kelka disantuni

SIMUNJAN: Nasib mangsa kebakaran di Kampung Kelka Ulu, Simunjan, Abdul Rahman Abdullah terus mendapat perhatian dua wakil rakyat di kawasan terbabit iaitu Ahli Parlimen P.200

Guru wanita maut, Hilux bertembung Axia

KOTA SAMARAHAN: Seorang guru wanita maut setelah kenderaan dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan pacuan 4×4 berdekatan Institut Memandu NB Motors Sdn Bhd di sini, tengah

Pertandingan fotografi, video pendek untuk belia

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) akan menganjurkan Pertandingan Fotografi Belia Antarabangsa Jalan Sutera Ketiga dan Pertandingan Video Pendek. Pengerusi penganjurnya pertandingan Kaunselor Michelle Law Wan

BERITA TERBARU

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,