ARTIKEL

Kempen keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Seramai 20 pengilang dan 33 peserta sektor industri kecil dan sederhana(IKS) Bintulu menghadiri program OSH – Coordinator IKS Sarawak Sesi Dialog Bersama Persatuan-Persatuan IKS Sarawak dan Bengkel OSHWA 2019 bertempat di Hotel Promenade, di sini.

Program anjuran Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan(JKKP) ini merupakan salah satu program khusus di bawah Pelan Strategik Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan(KKP) Sektor IKS 2020 bagi membantu pengusaha IKS meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan melalui konsep kos rendah dan efektif.

Pengarah JKKP Sarawak, Ir. Dr. Nor Halim Hasan berkata sejak diperkenalkan pada 2017,program secara percuma ini telah disertai seramai 147 pengilang IKS di seluruh Sarawak melibatkan 4,577 pekerja dengan seramai 217 peserta telah berjaya menjadi OSH yang terlatih dalam aspek KKP untuk meningkatkan KKP di tempat kerja, masing- masing.

Hasil penilaian program OSH – Coordinator ini mendapati sebanyak 55 daripada 86 tempat kerja yang menyertai program ini pada 2017 dan 2018 mencatat pematuhan perundangan dan peningkatan gred yang lebih baik selepas menyertai program, katanya.

Nor Halim, dalam pada itu, menggesa semua pihak sama ada majikan atau pekerja menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan aspek keselamatan dan kesihatan tempat kerja mereka terjalin.

Ketua Seksyen Penguatkuasaan dan IKS JKKP Sarawak, Christy Claire de Guzman dan Ketua Cawangan JKKP Cawangan Bintulu, Mohd. Azril Abdul Jalil hadir sama.

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

1,350 penerima darjah kebesaran Sarawak

KUCHING: Yang Dipertua Dewan Negara, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi mendahului penerima Darjah Kebesaran Negeri

BERITA TERBARU

Ribuan penyokong banjiri Stadium Taha Ariffin

KUCHING: Ribuan penyokong mula membanjiri Stadium Taha Ariffin (STA) seawal jam 5 petang bagi menyaksikan Kuching City FC memburu tiket ke separuh akhir Piala FA

Bintulu tundukkan ATM 1-0

SPL 2026 KUCHING: Juara bertahan, Bintulu membawa bekalan tipis ke aksi suku akhir kedua Liga Premier Sarawak 2026 (SPL 2026) selepas menewaskan ATM 1-0 di