ARTIKEL

Kempen melalui televisyen, radio?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Kerajaan akan mendapatkan input sama ada wujud keperluan untuk calon Pilihan Raya Negeri (PRN-12) berkempen menerusi stesen penyiaran kerajaan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, konsep berkempen melalui saluran televisyen dan radio rasmi kerajaan itu pernah diguna pakai dalam PRN Melaka lalu, namun perlu dirujuk kepada Kerajaan Negeri sebelum boleh dilaksanakan di Sarawak.

Dalam PRN Melaka katanya, parti-parti kerajaan bersikap terbuka dengan memberi ruang sama rata kepada semua parti termasuk parti lawan dalam kempen. “Malah, biodata dan poster calon yang bertanding dalam pilihan raya itu disiarkan melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM).

“Namun, kita akan rujuk Kerajaan Negeri dan lihat kesesuaiannya, tengok jugalah apa yang patut,” katanya selepas menyempurnakan perasmian Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di Kampung Selalang, di sini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU