Kempen pikat rakyat Singapura lawat Sarawak

KUCHING: Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak (Statos) memanfaatkan pemasaran destinasi kepada pihak pesaing iaitu Singapura, untuk meningkatkan kesedaran mereka ke atas Sarawak sebagai destinasi pelancongan menarik setelah sempadan dibuka kelak.

Menurut kenyataan Statos, pihaknya menganjurkan satu kempen dalam talian yang bertajuk “Di mana Sarawak?” untuk menguji pengetahuan masyarakat di Singapura berkenaan budaya di negeri ini. “Setakat ini, lebih 1,000 penyertaan dan maklum balas diterima, yang menunjukkan reaksi positif rakyat Singapura mendalami pelbagai keunikan dan tarikan di Sarawak.

“Peserta juga diberikan beberapa hadiah yang menarik termasuk baucar bernilai SGD50, hadiah korporat dan sampel percuma produk Sarawak,” kata kenyataan itu semalam.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 30 Apr 2021

Suara Sarawak