ARTIKEL

TERBIAR...Antara haiwan yang ditangkap

Kempen tangkap dan bunuh haiwan terbiar ditolak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persatuan Masyarakat Penyayang Haiwan Sarawak (HASS), Save Our Stray (SOS), dan Persatuan Penyelamat Haiwan Jalanan Bintulu (SARA) menolak cadangan terhadap kempen tangkap-dan-bunuh haiwan terbiar pada April ini.

Kesemua persatuan terbabit dalam satu kenyataan menegaskan tidak akan menyokong inisiatif tersebut.

“Sebagai pihak berkepentingan, kami merasakan keperluan untuk mengkaji semula secara radikal terhadap usaha yang ketinggalan zaman.

“Penangkapan dan pemusnahan liar tidak berperikemanusiaan dilaksanakan pada lima tahun lalu di Sarawak jelas terbukti tidak berkesan,” kata kenyataan itu.

Jelas kenyataan tersebut, usaha itu sebaliknya memgakibatkan peningkatan jumlah haiwan liar dan populasi yang membawa kepada peningkatan kes rabies.

“Ini memberi kesan kepada masyarakat secara keseluruhan.

“Menangkap haiwan terbiar dan menawarkan hadiah untuk setiap anjing adalah permainan biadap bertentangan dengan semua agama,” tegasnya.

Justeru katanya, kaedah yang terbukti berkesan setakat ini ialah vaksinasi rabies ke seluruh negeri seperti mana yang disuarakan oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Persidangan AFA pada Oktober 2023.

Kenyataan itu turut berharap pihak berkuasa yang bertanggungjawab menyediakan rangka kerja perundangan untuk penguatkuasaan.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)