Kemudahan jeti perlu bagi lancar operasi

SIMANGGANG: Ketiadaan platform atau jeti khas yang sesuai untuk menurun dan menaikkan bot di kawasan Sri Aman, terutama apabila air surut menyukarkan tugas pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) semasa operasi di sungai.

Pegawai Pertahanan Awam Sri Aman Kapten Siti Huzaimah Ibrahim memberitahu, faktor pasang surut air mempengaruhi setiap operasi di sungai yang memerlukan aset bot ekoran ketiadaan jeti khas.

“Mahu tidak mahu, bot terpaksa diturun dan dinaikkan (ditarik) menggunakan tulang empat kerat. “Memang boleh ditarik, tetapi risiko bot untuk rosak amat tinggi.

“Justeru, Pejabat APM Sri Aman berharap kerajaan dapat membantu menyediakan kemudahan jeti khas yang sesuai untuk menurun dan menaikkan bot di kawasan Sri Aman bagi memudahkan penugasan setiap kali operasi,” katanya kepada Suara Sarawak, hari ini.

Suara Sarawak