Kemudahan terbaik untuk ibu berpantang

KUCHING: Pusat jagaan ibu berpantang LoveBond Care di sini memandang serius tentang kawalan jangkitan dan mempunyai pensterilan UV (UV sterilization).

Pengurusnya Betty Kho berkata, pihaknya akan melakukan pensterilan UV di setiap ruang termasuk bilik bayi.

“Pensterilan UV biasanya digunakan di hospital bagi kawasan kritikal seperti ruang Unit Kawalan Rapi (ICU) dan bilik bedah. “Jadi, kami gunakan ia di sini untuk menjamin sepenuhnya kebersihan termasuk udara,” katanya kepada media, semalam.

Tambahnya, perkara tersebut merupakan pegangan mereka dan akan melakukan pensterilan UV. “Kini kami sudah mula melakukannya setiap minggu. Jadi ketika ibu pertama datang nanti, kita tahu ruangan ini berada dalam keadaan terbaik dan selamat untuk proses pemulihan ketika berpantang,” ujarnya lagi.

Beliau juga memberitahu bahawa, ibu pertama yang bakal berpantang di pusat jagaan mereka adalah pada awal Mac depan.

Dalam hal berkaitan, Betty juga menyatakan bahawa kakitangan yang dipilih untuk bekerja di LoveBond Care mesti mempunyai pengalaman, kemahiran dalam bidang tersebut dan sijil.

“Ini merupakan perkara yang sangat penting kami pegang. Kami mahu kakitangan yang mempunyai sijil dalam bidang penjagaan ibu berpantang, latar belakang awal kanak-kanak dan sijil dalam bidang kejururawatan,” jelasnya.

Pusat jagaan ibu berpantang ini menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk ibu bersalin dengan pakej yang disediakan. LoveBond Care menyediakan perkhidmatan berpantang dan penjagaan selepas bersalin untuk 28 hari.

Pusat jagaan itu juga mempunyai bilik yang sangat selesa,  ruang yang menarik dan sangat menyenangkan. Orang ramai yang berminat boleh menghubungi Betty Kho di talian 016-8901382 atau Jean Ting di talian 019-8194190 serta boleh melayari laman sosial mereka di Facebook, Instagram dan Twitter.

Suara Sarawak