Kemudahan Vaksinasi Mobil untuk luar bandar

MIRI: Pendekatan Vaksinasi Mobil atau Vaksinasi Bergerak perlu diperluaskan ke pedalaman luar bandar terutama kawasan yang sukar diakses atau tiada liputan telekomunikasi.

Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni berkata, masalah yang sering dihadapi penduduk luar bandar ialah berkenaan pengangkutan, tidak mahir menggunakan aplikasi MySejahtera serta penerima tidak dapat dihubungi untuk menerima vaksin.

“Melalui pendekatan Vaksinasi Mobil atau Vaksinasi Bergerak, adalah mudah kepada penduduk rumah panjang terutama tuai rumah dan ketua kampung mengarahkan penduduk setiap pintu berkumpul untuk menerima vaksin mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya di sini semalam.

Lukanisman menjelaskan, Klinik Kesihatan terutama kawasan luar bandar mempunyai data yang mencukupi berkaitan lokasi penempatan masyarakat.

“Saya berharap agar lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dibuka di kawasan luar bandar terutama di Daerah Subis kerana ketika ini hanya Dewan Masyarakat Bekenu digunakan sebagai Pusat Vaksinasi,” jelasnya.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 09 Jun 2021

Suara Sarawak