Kemuka rayuan  bantuan Sarawakku Sayang

KUCHING: Penduduk Sarawak yang tercicir daripada menerima Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) bo-
leh mengemukakan rayuan mulai hari ini hingga 28 April ini di laman web https://www.sarawak.gov.my/bkssr-
ayuan.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ukas memberitahu, keputusan rayuan boleh disemak selepas 15 Jun melalui laman web sama.

Penduduk Sarawak yang layak menerima BKSS ialah ketua isi rumah yang tersenarai sebagai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) pada Januari lalu dengan kelulusan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Katanya, mereka secara automatik layak menerima BKSS susulan terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Penerima BKSS mempunyai akaun simpanan akan menerima bantuan tunai yang dikreditkan ke dalam bank masing-masing secara bulanan sebanyak RM250 selama enam bulan bermula dari 15 April sehingga 15
September.

“Pembayaran dibuat setiap 15 haribulan dalam tempoh enam bulanitu,” kata Ukas.

Tambahnya, Kerajaan Sarawak telah memenuhi komitmennya dan memulakan pembayaran BKSS pada 15 April lalu kepada penerima-penerima yang layak.

“Bagi yang tidak mempunyai akaun bank berdaftar dengan LHDN, bayaran tunai boleh dituntut di Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran dengan mengemukakan kad pengenalan dan akan dibayar dalam dua fasa.

“PKP Fasa Pertama berjumlah RM750 akan dibayar selepas 17 April dan fasa kedua (RM750) dibuat selepas 17 Julai,” jelasnya.

Bagaimanapun, bagi mereka yang memenuhi kriteria-kriteria bantuan khas ini, tetapi tidak tersenarai sebagai penerima BKSS boleh membuat rayuan,” ujarnya.

Antara kriteria kelayakan rayuanBKSS merupakan penduduk Sarawak dengan ketua isi rumah (suami atau
isteri) daripada golongan B40 apabila jumlah pendapatan isi rumah kurang RM 4,000 sebulan.

Bagi individu bujang pula, mereka berumur 40 hingga 59 tahun/OKU berumur 18 tahun hingga 59 tahun
dengan pendapatan kurang RM2,000sebulan.

“Permohonan rayuan harus dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Rayuan Bantuan Khas Sarawakku
Sayang yang boleh dimuat turun daripada laman web https://www.sarawak.gov.my/bkssrayuan dan dihantar borang kepada Pejabat Daerah yang berdekatan.

“Pemohon digalakkan untuk membuat rayuan atas talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung untuk mengurangkan pergerakan orang awam,” katanya.

Pemohon digalakkan untuk mengemukakan akaun bank bagi memudahkan bayaran bantuan disalurkan.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Talikhidmat – Tel: 082-555999