ARTIKEL

Iskandar (dua kanan) menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada seorang penerima pada Program Jiwa Komuniti MADANI Vaie di Kampung Kuala Segan pada hari ini.

Kemukakan aduan berhubung masalah rakyat ikut saluran, proses betul

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee, menyarankan semua pihak, termasuk ketua masyarakat dan ketua kaum, membuat aduan berhubung isu atau permasalahan masyarakat mengikut saluran dan proses yang betul.

Beliau yakin dengan menggunakan saluran yang betul, ia dapat menyelesaikan masalah yang dibangkit dan dihadapi masyarakat setempat.

Selain itu, beliau juga menggalakkan penduduk di konstituensinya untuk mengemukakan aduan dan cadangan kepada pasukan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jepak.

“Apa yang penting, maklumat sampai kepada pihak yang betul agar ia turut dimaklumi oleh pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan ketua kaum bagi memudahkannya untuk membantu penduduk dalam menyampaikan permasalahan kepada pihak jabatan atau agensi berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Jiwa Komuniti MADANI Vaie anjuran Jabatan Penerangan Daerah Bintulu di Kampung Kuala Segan di sini pada hari ini.

Dengan semua maklumat yang dikongsikan dengan penduduk setempat, ia sebenarnya melengkapkan usaha agensi-agensi yang terlibat dalam menangani masalah sosial, tambahnya lagi.

Iskandar turut mengetengahkan beberapa isu tempatan lain yang beliau bangkitkan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak baru-baru ini, seperti skim kemajuan kampung, masalah bekalan air dan isu pembangunan lain.

“Kita tidak bercakap di kedai kopi, kita menyuarakan masalah rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas saya menerima maklumat daripada pemimpin seperti Pemanca, Penghulu dan ketua kampung,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyambut baik penganjuran Program Jiwa Komuniti Vaie yang disifatkannya sebagai platform terbaik dalam menyebarluaskan maklumat, dasar dan inisiatif kerajaan berteraskan konsep Malaysia MADANI.

Pada majlis tersebut, ADUN Jepak itu turut menyampaikan sumbangan berupa bakul makanan kepada 32 golongan asnaf di Kampung Kuala Segan.

Iskandar berucap pada Program Jiwa Komuniti MADANI Vaie di Kampung Kuala Segan, hari ini.

BERITA LAIN

19 selamat, bas jatuh gaung di Lahad Datu

LAHAD DATU: Sebuah bas ekspres yang membawa 19 orang termasuk dua pemandu dan seorang konduktor terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung di Batu 9, Jalan

Pastikan sistem keselamatan berfungsi baik

MIRI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Sarawak melancarkan Operasi Kuda Laut bermula semalam mengadakan operasi mengejut di beberapa premis di dalam dan

BERITA TERBARU

Pemansang asil nagih MA63

MIRI: Pemansang besai ti udah dijapai Sarawak kandang beberapa taun ke udah asil ari nagih hak di baruh Sempekat Malaysia 1963 (MA63). Kaban Kunsil Nengeri

Solar melepung HEP Batang Ai

BATANG AI: Projek ladang solar melepung diu Tekat Hidroelektrik (HEP) Batang Ai deka dikerembai, ngena 60 peratus ari 8,500 hektar pemesai tekat ai nya. Premier

19 selamat, bas jatuh gaung di Lahad Datu

LAHAD DATU: Sebuah bas ekspres yang membawa 19 orang termasuk dua pemandu dan seorang konduktor terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung di Batu 9, Jalan