ARTIKEL

Dr Nur Auni Ugong

Kenaikan dividen KWSP sokong aktiviti dan pemulihan ekonomi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kenaikan dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berbanding tahun lepas memainkan peranan penting dalam memberikan sokongan tambahan kepada ekonomi domestik Malaysia, kata Pensyarah di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Malaysia Sarawak, Dr Nur Auni Ugong.

Menurutnya, pertumbuhan ekonomi terganggu secara meluas, dengan pelbagai sektor ekonomi mengalami penurunan aktiviti dan pendapatan pada musim pandemik.

Melihat konteks pemulihan ekonomi daripada kesan-kesan COVID-19, kenaikan dividen KWSP akan menyediakan suntikan kewangan kepada pencarum, seterusnya meningkatkan pengeluaran domestik.

“Pencarum yang menerima dividen tambahan berkemungkinan cenderung untuk membelanjakan wang tambahan tersebut, terutamanya dalam sektor-sektor seperti peruncitan dan perkhidmatan.

“Contohnya, mereka mungkin akan meningkatkan belanja untuk barangan dan perkhidmatan harian seperti makanan, pakaian, atau perkhidmatan hiburan.

“Tindakan ini, dalam jumlah yang besar akan memberikan dorongan kepada aktiviti ekonomi secara keseluruhan, menyokong pemulihan ekonomi negara,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak.

Menurutnya lagi, peningkatan dividen ini bakal menjadi sokongan tambahan kepada sektor peruncitan dan perkhidmatan, sekali gus membantu merangsang pertumbuhan dalam industri-industri yang mungkin telah terjejas oleh penurunan pendapatan semasa pandemik.

Baca lain  Projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) Fasa Dua mula dilaksana hujung tahun ini

Misalnya, peningkatan permintaan dalam sektor peruncitan dapat memberi insentif kepada peniaga untuk meningkatkan inventori dan mengembangkan perniagaan mereka.

Hal ini dapat mencetuskan penyerapan tenaga kerja yang lebih tinggi dan meningkatkan pendapatan isi rumah dalam komuniti tempatan.
 
“Selain menyumbang kepada pemulihan ekonomi domestik, kenaikan dividen ini juga dapat memainkan peranan dalam meningkatkan keyakinan dan kestabilan kewangan rakyat.

“Dalam suasana ketidakpastian ekonomi yang berterusan, pendapatan tambahan dari dividen dapat membantu menyediakan bantuan tambahan kepada isi rumah dalam menangani kos kehidupan harian.

“Ini boleh merangsang penggunaan domestik, memberikan dorongan kepada aktiviti perbelanjaan dan secara tidak langsung membantu menjaga dan mendorong pertumbuhan ekonomi dalam jangka masa panjang,” katanya.
 
Dengan demikian, kenaikan dividen KWSP dijangka bukan hanya memberi kesan positif kepada pencarum secara individu tetapi juga menyumbang kepada pemulihan ekonomi secara keseluruhan.

Melalui pemulihan ini, pasaran buruh dijangka akan bertambah baik, pendapatan isi rumah akan meningkat dan keyakinan pelabur akan dipulihkan.

“Peningkatan ini sememangnya membawa manfaat jangka panjang kepada masyarakat Malaysia, dengan memberikan landasan yang kukuh untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan,” ringkasnya.

BERITA LAIN

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi

Adun Repok lawat dua pesakit warga emas

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii melawat dua warga emas yang terlantar sakit di kediaman mereka, pada Khamis.

Pesta Beras Adan 2024 di Ba’Kelalan

LAWAS: Ba’Kelalan mempunyai potensi besar untuk dipasarkan dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan ekologi. Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal berkata demikian susulan pelbagai

BERITA TERBARU

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi