ARTIKEL

Kenaikan gaji guru diutamakan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MELAKA: Golongan guru merupakan antara kumpulan penjawat awam yang akan diberi keutamaan untuk mendapat kenaikan elaun dan gaji, sekiranya pendapatan dan hasil negara bertambah baik kelak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, ini memandangkan kerajaan sedar ketika ini selain guru, gaji dan elaun penjawat awam seperti polis dan tentera adalah tidak mencukupi.

“Sementara itu kita akan usahakan supaya kedudukan ekonomi lebih mantap dan hasil bertambah dan saya telah umumkan keutamaan adalah untuk penjawat awam dan guru, termasuk polis dan tentera kerana kita sedar elaun dan gaji mereka tidak mencukupi, sepatutnya kita beri layanan lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Aidilfitri Perpaduan MADANI Masyarakat Bersama Polis peringkat Parlimen Tangga Batu di sini.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Dalam Belanjawan 2023, Kementerian Pendidikan menerima tambahan peruntukan kira-kira RM2 bilion berbanding tahun sebelumnya, dengan tumpuan diberikan kepada isu sekolah daif, kemudahan asas dan infrastruktur sekolah.

Terdahulu ketika berucap merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Anwar berkata, kenaikan elaun guru menjadi fokus kerajaan namun ia akan diputuskan selepas pendapatan dan hasil negara bertambah di masa akan datang. – Bernama

BERITA LAIN

Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu, mempunyai pengalaman luas pada peringkat negeri dan persekutuan

BERITA TERBARU

Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu, mempunyai pengalaman luas pada peringkat negeri dan persekutuan

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi

Belematika pemesai reti turai sejarah Sarawak

SIBU: Pengerami ‘722 Run For Sarawak’ udah dikelala nyadi sebengkah pengerami ti besai reti nyerumba Hari Sarawak. Sapit Menteri Pengerai Mensia Mayuh, Pengawa Berumah enggau