ARTIKEL

Kenaikan gaji penjawat awam di Sarawak wajar sejajar dengan Persekutuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penyelarasan kenaikan gaji penjawat awam Sarawak masih menunggu pengumuman lanjut daripada Kerajaan Persekutuan, kata Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, walaupun Sarawak bersedia untuk melaksanakan peningkatan gaji seperti yang disebutkan sebelum ini, namun butirannya masih perlu dipersetujui bersama dengan Kuala Lumpur.

Beliau berkata, penyelarasan ini kemungkinan dilakukan selepas pembentangan bajet Persekutuan pada hujung tahun ini.

“Sarawak sudah bersedia untuk melaksanakan penyesuaian gaji tersebut, tetapi kami perlu menunggu butiran daripada Kerajaan Persekutuan, khususnya dengan pengumuman Bajet (Belanjawan) mereka yang akan datang.

“Ini penting kerana kita perlu memastikan kenaikan gaji di Sarawak sejajar dengan dasar gaji yang ditetapkan di peringkat Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Ibadah Korban Jabatan Premier di Wisma Sabati di sini, hari ini.

Beliau juga menambah bahawa penentuan gaji di Sarawak tidak boleh berlaku secara berasingan dari apa yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi mengelakkan ketidakselarasan.

“Kalau kita beri gaji penjawat awam Sarawak X (jumlah), manakala kerajaan persekutuan lain…susah, jadi kita mesti selari.

“Kami berharap agar butiran lanjut akan diberikan dalam masa terdekat supaya Sarawak boleh melaksanakan penyesuaian ini dengan segera,” tambahnya.

Ketika ditanya mengenai hasrat Malaysia untuk menyertai Perikatan BRICS, Abang Johari berkata bahawa Malaysia boleh mempertimbangkan keputusan untuk menyertai kumpulan ekonomi ini.

BRICS (blok ekonomi yang sedang pesat membangun merangkumi Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) ditubuhkan pada 2009 sebagai platform kerjasama untuk ekonomi yang sedang pesat membangun merangkumi Brazil, Rusia, India dan China.

“Kita telah diberitahu bahawa BRICS akan menjalankan pendekatan bersama untuk menguruskan ekonomi mereka, dengan setiap negara mempunyai kekuatan tersendiri. Selain itu, mereka juga bercita-cita untuk memperkenalkan mata wang bersama.

“Malaysia boleh mempertimbangkan penyertaan dalam BRICS, terutamanya apabila melihat peranan penting China dan India sebagai dua negara terbesar di Asia, serta Brazil dari Afrika Selatan.

“Dengan China dan India sebagai negara-negara utama di Asia, serta Brazil yang mempunyai pengaruh, Malaysia berpeluang untuk memperluaskan hubungan ekonomi dan memperkukuhkan prestasi ekonominya,” tambahnya.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan Malaysia akan memulakan prosedur rasmi untuk menyertai BRICS tidak lama lagi.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya