ARTIKEL

Kenaikan gaji penjawat awam sehingga 35 hanya libatkan kumpulan pelaksana pada 2007 – Fahmi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Kenaikan gaji penjawat awam sehingga 35 peratus pada 2007 cuma melibatkan kumpulan pelaksana dua gred satu iaitu gred rendah, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga jurucakap kerajaan berkata ketika itu, tangga gaji bagi kumpulan pelaksana dua yang berada di gred satu hanya sekitar RM800 sahaja.

“Bagi yang menyebarkan (kenaikan) 35 peratus pada 2007, ada dua perkara sangat penting.

Mereka hanya baca tajuk sahaja, 35 peratus pada waktu itu merujuk penjawat awam dalam kumpulan pelaksana dua gred satu.


“Waktu itu, gred satu pada 2007, pendapatan RM800 sebulan. Keadaan ekonomi jauh berbeza. Kalau nak diungkit, kena berlaku adil, konteksnya berbeza,” katanya kepada pemberita selepas perasmian pejabat Pakatan Harapan (PH) di sini semalam.

Fahmi berkata demikian bagi menjelaskan kenaikan gaji lebih 13 peratus penjawat awam yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sambutan Hari Pekerja pagi semalam merupakan antara kenaikan tertinggi dalam sejarah.

Beliau berkata kumpulan penjawat awam dalam kumpulan tertinggi ketika 2007 hanya menerima kenaikan gaji sekitar 7.5 peratus.

“Kalau nak dibandingkan itulah konteksnya, kenaikan 35 peratus (waktu itu) hanya 1/4 daripada cerita penuh, angka disebut perdana menteri semalam lebih tinggi daripada kali terakhir Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dikaji semula. Apapun bermula 1 Disember, penjawat awam dapat gaji lebih,” katanya.– BERNAMA

BERITA LAIN

Polis buru 10 ahli kumpulan jenayah terancang

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan 10 individu disyaki terlibat dalam kumpulan jenayah terancang yang terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah di sekitar Selangor. Pengarah Jabatan Siasatan

BERITA TERBARU