Trending

Kenal pasti zon merah sebelum nyahkuman

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan mengenal pasti zon merah penularan wabak Covid-19 terlebih dahulu sebelum sebarang operasi dijalankan. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, keputusan untuk nyahkuman tempat awam seperti yang dicadangkan oleh Menteri Pertahananan, Datuk Seri Ismail Sabri Yakub akan dinilai.

“Kita akan menilai sama ada operasi nyahkuman akan dijalankan di Sarawak atau sebaliknya. “Ini kerana kita perlu mengenal pasti zon merah Covid-19 terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama-sama Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg selepas meninjau stok bekalan makanan di Pasar Raya Ta Kiong di The Spring di sini semalam.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menjelaskan, belum ada sebarang keputusan mengenai perkara itu. Terdahulu, Sabri memberitahu operasi nyahkuman akan dilaksanakan di lokasi dikenal pasti sebagai zon merah jangkitan Covid-19 yang merangkumi premis awam tumpuan ramai seperti pasar dan masjid.

Katanya, pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta kemungkinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan tugas itu. Ketika ditanya mengenai bazar Ramadan sama ada diteruskan atau sebaliknya, Uggah berkata, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan.

“Kita tengok keadaan dan masih terlalu awal untuk memutuskannya,” katanya ringkas. Negeri Sembilan dan Melaka merupakan negeri pertama mengumumkan pembatalan bazar Ramadan sebagai langkah berjaga-jaga bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, keputusan tersebut dicapai selepas mengambil kira keadaan semasa ketika ini. Menurutnya, tiada bazar Ramadan tahun ini kerana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April depan yang menghampiri bulan Ramadan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 Disember 2023

Berita Terbaru