Menurut perkongsian KKM di Facebook, Sindrom Tourette melibatkan pergerakan berulang serta penghasilan bunyi seterusnya menghasilkan gejala motorik dan vokal.

Sindrom Tourette berlaku ketika seseorang berusia 2 hingga 10 tahun.
Mereka yang menghidap penyakit ini mempunyai kesukaran mengawal pergerakan badan.
Gejala biasa hanya melibatkan satu kumpulan otot manakala gejala kompleks melibatkan lebih daripada satu kumpulan otot.
Gejala vokal merujuk kepada bunyi yang dihasilkan oleh seseorang dengan menggunakan suaranya.
Gejala vokal muncul lebih lambat berbanding gejala motorik. Sindrom Tourette boleh disebabkan oleh faktor genetik dan persekitaran yang dialami oleh seseorang kanak-kanak.