ARTIKEL

Kenangan 70 pelajar khatam al-Quran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MAJLIS Khatam Al-Quran sebagai pemula acara yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Encik Buyong, Kuching pada jam 8.00 pagi awal bulan ini disertai 70 pelajar sekolah dari pelbagai peringkat umur.

Majlis khatam ini dipimpin oleh Ustaz Rozelan Drahman selaku fatih munabih, Ustaz Nukman Nazaruddin, Ustaz Harith Abdullah Hatta dan Ustaz Fazrul Arwadi Ahmad yang merupakan guru Kelas Agama Fardhu Ain (Kafa) di sekolah berkenaan.

Dilaksanakan pada setiap tahun, majlis khatam ini antara acara tahunan Sekolah Kebangsaan Encik Buyong.

Bagi meraikan majlis ini pada tahun ini (2024), semua pelajar yang terlibat mengenakan pakaian sedondon berwarna hijau dan kuning keemasan sebagai tema majlis khatam al-Quran.

Majlis khatam ini dimeriahkan dengan kehadiran Guru Besar SK Encik Buyong Rosnah Posa, Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru Dayang Norazimah Abang Muas, Penghulu Morni Abon, dan ketua kampung.

Lebih menarik lagi, majlis ini turut dihadiri ibu bapa semua pelajar tahun enam dan para pelajar yang menerima Anugerah Pelajar Cemerlang, sijil tamat persekolahan bagi pelajar prasekolah (enam tahun) dan pelajar Tahap 6 bagi kelas masing-masing, hadiah kehadiran terbaik, mata pelajaran terbaik, dan program Nadi Ilmu Amalan Membaca (Nilam) mengikut kategori yang disediakan.

Baca lain  Buku Digital

Selesai majlis khatam al-Quran, acara diteruskan dengan majlis apresiasi yang merupakan satu pengiktirafan atas kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik.

Persembahan tarian etnik daripada pelajar SK Encik Buyong yang dipimpin oleh Cikgu Masniah Bojeng memulakan acara pembukaan kali ini.

Kumpulan Kasuma Tari Junior ini pernah memenangi pertandingan Persembahan Tarian Kreatif Peringkat Negeri, Kuching pada Festival Kerakyatan Seni Budaya Aswara anjuran Aswara.

Ini membuktikan tanpa usaha, semangat dan dorongan semua pihak, tiada pelajar yang kreatif, inovatif dan bermotivasi dalam masyarakat masa kini.

Pelajar-pelajar ini mendapat latihan yang secukupnya, maka terhasil persembahan yang cukup menarik. Tidak semudah itu bagi pelajar sebaya mereka yang mampu menghafal setiap gerak langkah dalam pelbagai bentuk lagu dan tarian.

Sementara itu, Rosnah Posa dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada ahli jawatankuasa yang terlibat dan atas sokongan pelbagai pihak hingga majlis yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar dan meriah.

Beliau turut memohon agar apa-apa sahaja aktiviti yang melibatkan pihak sekolah dapat dilaksanakan bersama-sama ibu bapa.

Baca lain  Rumput seri pagi makanan terbaik haiwan ternakan

“Peranan ibu bapa amat penting bagi memastikan kehadiran anak ke sekolah sentiasa dipantau,” katanya lagi.

Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Apresiasi yang diadakan di sekolah merupakan satu program yang perlu diteruskan dan patut diadakan dalam skala yang bersesuaian.

Walaupun pelbagai isu bagi meraikan pelajar ini sering ditimbulkan, usaha para guru dan semua yang berkaitan amat dipuji kerana pelbagai pengalaman yang dilalui antara pelajar dengan guru perlu dijadikan kenangan.

Program sebegini juga adakala akan menjadi satu ruang mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara guru yang sentiasa berusaha keras untuk menghasilkan yang terbaik untuk anak didiknya.

Maka di situlah terciptanya kerjasama antara guru dengan pelajar serta ibu bapa dalam memastikan majlis sebegini dapat diadakan dengan meriah, lancar dan pastinya bakat terbaik pelajar yang bersemangat mempersembahkan tarian etnik, dan bicara berirama bertajuk Haiwan Peliharaanku.

Dengan kehadiran ibu bapa dan para pelajar tahun satu hingga lima yang turut sama menyaksikan program sebegini akan menjadi pendorong dan semangat kepada mereka untuk terus berusaha dan belajar dengan lebih rajin.

Baca lain  MANFAATKAN MASA CUTI SEKOLAH

Tanpa usaha dan bantuan rakan sekeliling, pasti apaapa yang dilakukan akan sia-sia.

Maka kerjasama berterusan antara ibu bapa amat perlu dititikberatkan.

BERITA LAIN

Riadah air panas di Lawas

KEDUDUKAN Lawas di sempadan Sabah dan Brunei Darussalam serta Wilayah Persekutuan Labuan menjadikannya strategik bagi tarikan pelancong. Landskapnya yang berbukit serta kehijauan penuh dengan tumbuhan

Buku Digital

“Terokailah tema, gaya penulisan atau genre buku yang berbeza. Luaskan pandangan dan cuba makalah baharu.  Dengan memulakan trend ini, minat membaca pasti kembali bertaut dalam

Pupuk minat membaca

AMALAN MEMBACA BUKU perlu sentiasa dipupuk dari peringkat akar umbi lagi bagi menyemai minat membaca khususnya dalam kalangan generasi muda. Peribahasa membaca jambatan ilmu dilihat

Wacana sufistik dalam puisi Melayu

SIRI 1 KARYA sastera Melayu berunsur sufistik, khususnya puisi, dari dahulu hingga mutakhir ini, ternyata sangat minimum diwacanakan di Nusantara. Justifikasinya dapat diterima memandangkan sejak

Perkukuh, rancakkan penerbitan buku

1. INDUSTRI penerbitan buku berbahasa Melayu perlu diperkukuh dan dirancakkan dengan pelibatan semua pemain industri. Peranan dan kerjasama dalam kalangan pemain industri, sama ada pada

Hari Bumi 2024 kurangkan pengeluaran plastik

BUMI merupakan planet ketiga dari matahari, juga rumah kepada jutaan hidupan termasuk manusia dan satu-satunya tempat yang kehidupannya diketahui wujud. Sebagai penduduk di bumi, kita

BERITA TERBARU

Bina legasi baharu badminton negara

SKUAD badminton lelaki negara diingatkan agar tidak terbuai dengan nostalgia kegemilangan lampau pasukan kebangsaan, sebaliknya cuba untuk melakar sejarah baharu dengan merangkul Piala Thomas 2024

Premier Sarawak berada di Poland

POZNAN: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Johari Tun Openg bakal berucap sebagai ahli panel forum pada sesi ‘Debate Regions for the Planet’ di Poland