ARTIKEL

Karikatur : Ukee

Kenangan raya terkurung, terkejut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JIKA ditanya mengenai tempoh paling menyeronokkan menyambut Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti kebanyakan kita akan memilih zaman kanak-kanak.

Apa tidaknya, ketika itu kita tidak perlu memikirkan persiapan menyambut raya. Sebaliknya kita akan berseronok bersama-sama rakan bermain bunga api atau mengelilingi kampung.

Namun beberapa tahun lepas (2020 dan 2021), kita menempuh pengalaman dan merasai sambutan raya dengan hanya berlegar-legar di dalam rumah.

Keadaan ini disebabkan pandemik COVID-19 yang akan kekal dalam ingatan sampai bilabila.

Ia sesuatu yang tidak pernah terfikir dan diduga pada hari yang sepatutnya sibuk menziarahi sanak saudara dan kenalan, sebaliknya kita hanya terkurung di rumah sendiri.

Panggilan video berkumpulan bersama-sama adik-beradik dengan orang tua di kampung di pagi raya menjadi medium pengubat rindu dan mengurangkan perasaan sedih beraya berjauhan.

Ia perkara yang dilakukan semua orang ketika itu kerana patuh dengan arahan kerajaan di samping menjaga kesihatan dan nyawa insan tersayang.

Selepas pandemik mula reda, dan kerajaan mengisytiharkan negara beralih ke fasa endemik bermula 1 April 2022, kita lega kerana dapat merayakan Aidilfitri seperti biasa. Umat Islam membuat persiapan yang meriah untuk meraikan Aidilfitri kerana sudah dua tahun hanya membuat persiapan ala kadar.

Tetapi 2022 pula mencipta memori baharu buat umat Islam di Malaysia apabila merasai pengalaman raya mengejut.

Jika sebelum ini menanti dan menonton pengumuman tarikh Hari Raya Aidilfitri oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sekadar buat-buat terkejut bila tarikh diumumkan, kali ini benar-benar terkejut satu negara kerana esoknya Aidilfitri.

Dengan pengumuman raya terkejut itu, tiada lagi tempoh bertenang dan bersenang-lenang seperti biasa. KIta semua kalut menghias kediaman, menyiapkan hidangan dan kuih-muih raya di dapur.

Malah, pada waktu itu peniaga kedai runcit terpaksa beroperasi sehingga pagi selain penjual ayam dan daging pening kerana terputus bekalan akibat pembelian mengejut.

Tetapi, itulah penangan raya mengejut pada 2022.

Umat Islam gigih sehingga ke awal pagi menyiapkan juadah hari raya dan lain-lain keperluan kerana semangat dan tradisi Aidilfitri perlu diteruskan.

Meraikan hari raya dengan suasana terkurung semasa PKP atau raya terkejut, kedua-duanya memberi nikmat dan kenangan tersendiri.

Jika dilihat pada kedua-dua situasi ini, sesuatu yang perlu dibanggakan bahawa masyarakat kita masih kuat dan teguh mengekalkan tradisi yang sinonim dengan kemeriahan menyambut 1 Syawal.

Bersyukur dan gembira Menyambut Syawal harus disertai rasa syukur dan gembira setelah melalui latihan pendidikan sebulan pada Ramadan.

Aidilfitri tidak wajar hanya disinonimkan dengan kegembiraan, namun harus bermuhasabah — apakah makna keseronokan dan kegirangan hari keraian itu?

Allah SWT menganugerahkan Ramadan sebagai medan tarbiah untuk mencari sebuah kemerdekaan dan seiring dengan mendalamnya maksud Aidilfitri iaitu kembali kepada fitrah, wajarlah ia menjadi kayu ukur untuk memulakan langkah baharu dan mengekalkan momentum yang sedia terjana dalam diri semasa berpuasa.

Selari dengan firman-Nya dalam surah as-Syams ayat 9 yang bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikan jiwanya (daripada belenggu nafsu).”

Oleh itu, Ramadan yang telah dilalui wajar dijadikan pengajaran dan Syawal yang dirai dilihat sebagai permulaan untuk mengekalkan momentum pelaksanaan amalan-amalan yang baik.

Jika kita boleh meraih dan memelihara pahala pada Ramadan, maka begitulah juga di luar Ramadan.

Kebajikan yang dilakukan tidak hanya bermusim tetapi perlu ditambah nilai agar pahalanya berterusan berganda.

Nilai kasih sayang perlu terus dipupuk agar bercambah sebuah masyarakat prihatin dan tidak mementingkan diri. 

BERITA LAIN

Kita saling mengingati

PADA minggu depan minggu terakhir 20 pelatih universiti akan menamatkan latihan industri di organisasi kami. Sesungguhnya kami berbangga kerana menjadi pilihan universiti meletakkan pelajar mereka

Affandi Tahir, rakam sejarah melalui pita

BELIAU bukan seorang penyanyi. Beliau juga bukan seorang pelakon. Tetapi namanya cukup popular suatu ketika dahulu. Bukan hanya kerana ketampanannya, tetapi kerana beliau penyiar radio

Telus, sahih dan tepat

SEBELUM ada komputer dan telefon bimbit canggih seperti hari ini, wartawan bergantung kepada komputer di pejabat untuk menulis berita. Dan biasanya wartawan hanya akan berada

Ketagih subsidi

ISU berkaitan subsidi kembali hangat diperkatakan. Adakah pemberian subsidi sesuatu yang harus terus diamalkan ketika beban hutang negara semakin membengkak? Bagaimanakah reaksi rakyat apabila subsidi

Tragedi dunia maya Si Kucing Gendut

FAT Cat, 21, atau nama sebenarnya Liu Jie, selebriti dunia gamer – permainan popular Honour of Kings – namanya tiba-tiba melonjak di dunia maya khususnya

Zaman makin canggih, adab makin mundur

KETIKA masih kanak-kanak atau zaman sekolah sekitar tahun 90-an atau awal 2000, kita amat menghormati orang lebih tua terutama ibu bapa. Ini kerana kebanyakan kita

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA