ARTIKEL

Gambar hiasan

Kenapa perlu belanja lebih?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KETIKA melayari media sosial seperti Facebook, hampir setiap rakan alam maya atau netizen berkongsi mengenai bebanan hidup yang dialami disebabkan kenaikan harga barangan keperluan.

Kos sara hidup melibatkan setiap lapisan masyarakat, tidak kira golongan berkemampuan atau kurang mampu.
Jurang ekonomi antara kumpulan bawahan, pertengahan dengan atas nampaknya semakin jauh — mengakibatkan golongan sederhana dan ke bawah semakin terdesak akibat kenaikan belanja — poket kurang lebat.

Sekiranya kita benar-benar membuat pengiraan, golongan bawahan sebenarnya perlu mengeluarkan belanja lebih besar dalam beberapa situasi menyebabkan mereka semakin tidak berkemampuan.
Biasanya golongan bawahan menganggap membeli kereta terpakai membantu perbelanjaan mereka.

Memang tiada masalah jika anda berhajat membeli kereta terpakai.

Kita sedia maklum, membeli kereta terpakai daripada pekedai ibarat membeli loteri.

Dapat yang teruk maka rabaklah poket untuk membaiki sebelum berfungsi seperti sediakala.

Masalah ini memang menghantui ramai individu daripada golongan kurang mampu.
Disebabkan kurang mampu dan tiada kelayakan membuat pinjaman, ramai antara mereka membeli kereta terpakai pada harga murah yang akhirnya memerlukan mereka mengeluarkan wang untuk lebih kerap membuat penyelenggaraan.

Satu perkara yang jarang diperkatakan, membeli kereta terpakai biasanya dikenakan kadar faedah jauh lebih tinggi berbanding kereta baharu.

Dari situ kita dapat lihat golongan bawahan terjerat bukan sahaja disebabkan beban penyelenggaraan tetapi nilai keuntungan penjual yang lebih tinggi.

Selain itu, golongan bawahan gemar membeli barangan secara secara sedikit-sedikit disebabkan kekangan kewangan.

Biasanya di kedai, terdapat barang sama yang dijual dalam kuantiti berbeza.
Misalnya sabun pencuci baju sama ada dengan berat empat kilogram atau satu kilogram.

Bagi yang biasa membeli barangan rumah, sudah pasti tahu harga sabun pencuci baju satu kilogram ke atas lebih murah.

Namun golongan kurang mampu biasanya membeli barangan dalam kuantiti sedikit yang akhirnya memerlukan mereka membeli barangan yang sama berulang kali.

Ini menyebabkan jumlah yang dibayar jauh lebih tinggi berbanding individu berkemampuan yang membeli empat kilogram.

Ukur baju di badan sendiri

Disebabkan tidak mampu membeli gajet pada harga tinggi seperti orang berada, golongan kurang mampu terpaksa membeli produk elektronik paling murah.

Ibarat ukur baju di badan sendiri, apabila kita tidak berkemampuan, secara automatik kita akan membeli produk paling murah.

Golongan tidak mampu biasanya mendapatkan barangan elektronik paling murah yang menyebabkan produk mereka cepat ketinggalan zaman — perlu kerap diganti.

Akhirnya membawa kepada perbelanjaan yang sama dengan pembelian orang lebih berkemampuan.

Sebagai contoh, anda membeli telefon mahal tahun 2017 sekalipun, jika dijaga dengan elok, besar kemungkinan telefon itu masih berfungsi dengan baik, manakala telefon murah yang dibeli pada masa sama pula sebaliknya.

Sering kita lihat golongan kurang mampu kerap membeli barangan pakai buang.
Kedai barangan murah menjadi perhatian.
Apabila anda biasa membeli barangan murah yang setara dengan kualitinya, anda perlu menerima hakikat kualiti barangan dibeli itu berkemungkinan besar kurang atau tidak menepati cita rasa.

Dengan tanda harga barangan murah itu jugalah minda pembeli secara mudah menganggap, jika barang itu rosak lebih mudah dibuang.

Dalam erti kata lain, ramai yang membeli barangan murah, namun tidak takut untuk membuangnya.

Keluarga berkemampuan yang membelikan anak-anak mereka barangan permainan asli biasanya lebih sayang dan pandai menjaga barang yang dibeli, menjadikannya tahan lebih lama dan boleh dimainkan oleh adik-beradik yang lain.
Sementara keluarga kurang mampu akan membeli barangan di kedai bajet.

Kalau rosak, beli baharu dan kitaran ini berpusingpusing secara konsisten tanpa disedari mereka sebenarnya menambah kerugian.

Dapat juga kita lihat keluarga kurang mampu gemar mengeluarkan belanja tambahan yang tidak kelihatan demi mengumpul mata ganjaran pusat beli-belah.

Berbeza dengan kumpulan lebih berkemampuan, individu atau keluarga yang duduk dalam sebuah institusi bawahan, banyak berbelanja dalam kaedah yang tidak memberikan mereka kelebihan.
Sebagai contoh, kedai runcit yang dibuka di lot bawah bangunan pangsapuri kos rendah secara purata mempunyai harga barangan lebih tinggi berbanding kedai atau pasar raya, akibat keperluan peniaga menetapkan harga pada paras tersebut.

Kedai sebegini memang menjadi tumpuan golongan bawahan.

Dan ia bukan satu kesalahan.

Tetapi berbeza dengan golongan lebih mampu yang berbelanja di pasar raya.

Sebagai contoh, mereka bukan sahaja boleh membeli barangan sama pada harga lebih murah, bahkan mereka mampu memanfaatkan kad keahlian yang memberikan pembeli mata tebusan.
Mata yang dikumpul seterusnya boleh ditukar kepada baucar tunai atau diskaun yang membolehkan kos barangan dibeli menjadi jauh lebih rendah berbanding nilai yang harus dibayar golongan kurang mampu.

Dalam erti kata lain, golongan berkemampuan lebih terdedah kepada sistem yang mampu memberikan mereka penjimatan sementara yang tidak mampu bukan sahaja membayar lebih tinggi.

Selain itu, mereka tidak ada cara untuk menurunkan kos yang perlu mereka tanggung

Dalam kehidupan yang semakin mencabar sekarang, kita perlu tepuk dada tanya selera.Kita tidak perlu berbelanja mengikut trend semasa, sebaliknya mengikut kemampuan poket masing-masing.

BERITA LAIN

Sampah plastik cemar lautan

KETIKA manusia membuang sampah plastik di taman atau pantai, jalan raya, aliran air – aktiviti alam membawa cebisan plastik itu melalui longkang ke sungai untuk

Tradisi Aidilfitri yang hilang

TIDAK dapat dinafikan semakin moden dan membangun sesebuah negara, maka semakin terkorban tradisinya. Malah semakin berkembang teknologi, maka semakin tersisih budaya yang pernah menjadi pegangan

Kosong-kosong

ESOK, umat Islam seluruh Malaysia akan meraikan Hari Raya Aidilfitri. Maka berakhirlah perjuangan sebulan Ramadan. Syawal tiba sebagai hadiah kepada umat Islam yang berjaya menempuh

Lempar batu, sembunyi tangan

APAKAH yang mengecewakan anda sebagai rakyat Malaysia ketika ini? Adakah pertumbuhan ekonomi yang perlahan, pendapatan yang rendah, peningkatan inflasi atau kos sara hidup yang tinggi? Atau

Resolusi 2728

KETIKA Dewan Keselamatan PBB menyetujui resolusi menuntut gencatan senjata segera dikuat kuasa di Gaza, lebih 33,000 rakyat Palestin sudah pun terbunuh dengan hampir 76,000 cedera

Jangan mudah tergoda

TINGGAL beberapa hari lagi, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pusat beli-belah kini menjadi tumpuan. Suasana juga begitu sibuk. Setiap tahun kita dapat lihat

BERITA TERBARU

Rumah musnah terbakar, penghuni selamat

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Pa Umor, Bario milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, musnah dalam insiden

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap