ARTIKEL

Kenapa ratusan ribu pelajar SPM gagal BM atau Sejarah? Ini jawapan pakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Pakar pendidikan, Anuar Ahmad dari UKM berkata, berdepan masalah membaca dan menulis dipercayai menjadi punca ratusan ribu pelajar SPM gagal mendapatkan sijil kerana tidak lulus subjek Bahasa Melayu atau Sejarah.

Memetik kenyataan beliau kepada media FMT, dua kelemahan itu seharusnya diatasi di peringkat sekolah rendah.

Beliau berharap Kementerian Pendidikan harus segera memastikan semua pelajar sebelum tamat sekolah rendah mahir membaca dan menulis.

Menurut beliau, menjadi cabaran bagi pelajar apabila masuk sekolah menengah dengan menghadapi buku teks tebal.

Anuar dipetik berkata, untuk menilai tahap penguasaan membaca dan menulis, ujian khas perlu diadakan sebelum pelajar melangkah ke sekolah menengah atau meneliti semula pemansuhan UPSR.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya