ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Kendali enam mesin judi dan kelab malam tanpa lesen, lelaki didenda RM67,500

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman denda RM67,500 atau penjara 42 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas enam pertuduhan mengendalikan mesin judi dan menguruskan sebuah kelab malam tanpa lesen.

Wee Teck Sing, 30, mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Mengikut keenam-enam pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana mengendalikan mesin judi menggunakan telefon bimbit di premis berasingan iaitu di Batu 7, Batu 10, Taman Kenyalang, Jalan Matang, Central Park Commercial Centre, dan Tabuan Jaya antara 1 Mac 2022 dan 13 April 2023.

Bagi kesemua pertuduhan di bawah Seksyen terbabit, Mason Jaro menjatuhkan hukuman denda RM65,000 atau penjara 37 bulan.

Sementara itu, Teck Sing turut dijatuhi hukuman denda RM2,500 atau penjara lima bulan atas pertuduhan di bawah Seksyen 5(1) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 5(3) Ordinan Hiburan 2000, kerana menjalankan kelab malam tanpa lesen hiburan di Jalan Canna di sini, kira-kira jam 3.15 pagi, 7 Okt 2022.

Kesemua pendakwaan kes itu dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala Teck Sing tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Nikmati tawaran bermusim HONOR Magic

KUCHING: Berikutan permintaan tinggi HONOR Magic6 Pro dalam warna unggu awan (cloud purple), HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei ini.

JINYOUNG tandatangan kontrak eksklusif

BEKAS AHLI B1A4, Jinyoung secara rasmi menandatangani kontrak ekslusif dengan Management Run. Management Run meluahkan perasaan gembira dan terujanya untuk bekerjasama dengan Jinyoung. Mereka terus

Topi ANTI MENIRU

BARU-BARU ini, tular di aplikasi TikTok apabila pengguna @angeloebora1 berkongsi situasi peperiksaan di sebuah sekolah dipercayai di Filipina. Video tersebut melihatkan pelajar memakai topi buatan

Norway tutup sempadan kepada pelancong Rusia

OSLO: Norway pada Khamis berkata, ia menutup sempadannya kepada pelancong Rusia, menutup akses terakhir mereka ke kawasan Schengen tanpa sempadan Eropah. Sehingga 29 Mei, kebanyakan