Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Kenderaan hilang ditemui dalam semak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BAU: Sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dilaporkan hilang ditemui di kawasan semak di Jalan Kampung Serikin pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata, kereta itu ditemui sepasukan anggota Siasatan Jenayah IPD Bau ketika melakukan rondaan di kawasan berkenaan pada jam 10.30 pagi.

“Rondaan mendapati sebuah kenderaan yang mencurigakan berada di kawasan semak tanpa pemandu di dalamnya.

“Hasil pemeriksaan sistem IPRS (kenderaan hilang) mengesahkan kereta terbabit merupakan kenderaan yang dilaporkan hilang di Kota Sentosa,” jelasnya dalam kenyataan semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan. Suspek yang didapati bersalah boleh dipenjara tidak lebih tujuh tahun dan denda.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru