SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Kenikmatan kesihatan tubuh badan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Gambar hiasan

DALAM kalender Islam (Hijrah), Ramadan merupakan bulan kesembilan dan menjadi waktu yang paling dinantikan oleh seluruh umat Islam di dunia. Setiap bulan Ramadan, umat Islam akan menjalani ibadah puasa selama 29 hingga 30 hari mengikut penetapan anak bulan.

Di samping itu, ketepatan tarikh awal Ramadan agak berbeza setiap tahun kerana kalender Islam berdasarkan fasa bulan iaitu anak bulan. Sementara itu, berpuasa pada bulan Ramadan juga merupakan satu proses yang memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan.

Ibadah puasa sering dikaitkan dengan aspek kesihatan. Ini kerana amalan berpuasa melibatkan perbuatan menahan makan dan minum bermula daripada fajar terbit sehingga matahari terbenam yang merupakan satu rutin yang berbeza bagi kebanyakan umat Islam di bulan-bulan lain selain bulan Ramadan.

Tambahan lagi, ilmu perubatan dan sains juga telah membuktikan bahawa amalan berpuasa mempunyai banyak faedah kepada kesihatan. Misalnya pada 1994, kongres antarabangsa pertama bertemakan Kesihatan dan Ramadan diadakan di Casablanca di Casablanca, Morocco.

Semasa kongress tersebut, pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kertas kajian. Kesemua kajian yang dibentangkan dilaporkan mengesahkan bahawa puasa pada bulan Ramadan tidak mendatangkan sebarang kemudaratan.

Baca lain  Wartawan tiada tauliah hero berita palsu

Malah sebaliknya ia mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Ini kerana dalam bulan Ramadan ini, kita berpeluang untuk merehatkan organ penghadaman yang telah bekerja keras sepanjang tahun.

Bukan saja merehatkan, kita juga memberi peluang kepada organ tersebut membersihkan diri dengan syarat kita mengamalkan pemakanan yang betul sepanjang bulan puasa ini. Selain itu, berpuasa juga akan memberikan peluang kepada tubuh badan untuk membuang lebihan toksin yang terkumpul di dalam badan.

Pada peringkat awal berpuasa, kita sedari bahawa mulut akan berbau, peluh berbau, gatal-gatal pada kulit, air kencing pekat dan berbau, lidah kelat dan sebagainya. Ini semua merupakan petanda bahawa tubuh sedang membersihkan toksin dalam badan di samping berpuasa juga boleh meningkatkan kekuatan fizikal dan mental umat Islam.

Selalunya pada bulan inilah umat Islam akan merasakan bahawa kekuatan dalam diri diuji dengan pelbagai bentuk ujian. Tambahan lagi bagi mereka yang bekerja dengan menggunakan kekuatan fizikal bulan Ramadan sudah pasti menguji ketahanan diri mental dan fizikal.

Baca lain  Longgarkan syarat pengeluaran i-Sinar

Bagi mereka yang mudah lemah semangat pula, kelebihan bulan Ramadan perlu digunakan untuk membina kekuatan diri. Dalam pada itu, antara kelebihan lain berpuasa dari segi kesihatan adalah membantu menurunkan berat badan; mengawal paras lemak dan kolestrol; meningkatkan kecekapan sistem penghadaman; meningkatkan fungsi otak; meningkatkan kesihatan jantung; mengawal paras gula dalam darah; proses detoksifikasi tubuh serta meningkatkan imuniti badan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru