KUCHING: Dakwaan aktivitis media sosial Iswardy Morni berhubung isu Kerajaan Sarawak kehabisan wang sehingga tidak dapat membantu golongan yang terkesan akibat Covid-19 adalah tidak benar dan hanya fitnah semata-mata, tegas Kelab Penyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Menurut kelab tersebut, rekod prestasi Kerajaan Sarawak dari segi pengurusan kewangan dan inisiatifnya dalam mengurangkan beban rakyat adalah baik.
Katanya, perkara tersebut juga sudah terbukti lebih-lebih lagi semasa penularan pandemik Covid-19 di negeri ini sejak tahun lalu.
“Pemimpin GPS juga sentiasa berada dalam kawasan dan turun padang untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang terjejas,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Terdahulu, Iswardy baru-baru ini telah memuat naik hantaran di Facebook yang mendakwa kononnya Kerajaan Sarawak kehabisan wang sehingga tidak dapat memberikan bantuan kepada golongan yang terjejas akibat Covid-19.