‘Kepala kuda’ Pantai Tusan runtuh

MIRI: Salah satu ikonik pelancongan terkenal di Pantai Tusan iaitu ‘Kepala kuda’ yang seakan-akan sedang minum air, dilaporkan telah runtuh.

Kejadian runtuh tersebut dipercayai berlaku pada dua tiga hari lepas.

Namun, setakat ini, punca kejadian belum diketahui dan masih dalam siasatan.

Suara Sarawak