KEJADIAN cemas berlaku terhadap individu lelaki apabila melihat kepala lori terpisah dari bahagian badan.
Dalam video tular dengan lebih 17 juta tontonan itu, lelaki berbaju hitam dilihat menolak lori tersebut tetapi hanya bahagian depan lori bergerak dan terpisah daripada bahagian badan lori.
Orang sekeliling cemas melihat kejadian tersebut dengan cepat menahan kepala lori itu.
Video pendek itu mendapat lebih 1.6 juta tanda suka dan puluhan ribu komen.
Kebanyakan komen lebih kepada terhibur melihat kejadian tersebut.