ARTIKEL

Datuk Amar Douglas Uggah Embas

Kepelbagaian budaya kuatkan Sarawak – Douglas Uggah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Rakyat Sarawak perlu bersatu padu di bawah kepimpinan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi merealisasikan wawasan Sarawak menjadi negeri maju menjelang 2030.

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas menekankan kepentingan menyokong serta bekerjasama dalam usaha memulakan perjalanan mencabar yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030.

“Semoga tahun baharu ini memberi kita kesihatan, kebahagiaan, perpaduan dan kemakmuran.

“Justeru, mari kita bekerjasama dalam semangat baharu untuk menjadikan Sarawak sebagai mercu tanda keamanan, kestabilan, kemakmuran dan kemajuan,” katanya dalam perutusan sempena Tahun Baharu Cina 2024.

Kata Uggah, Tahun Baharu Cina adalah satu harapan serta masa untuk menerima permulaan baharu dan meraikan masyarakat yang kaya dengan kepelbagaian budaya di Sarawak.


Berita lanjut dalam epaper STSS.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU