NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

Kepelbagaian kaum asas kekuatan di Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

 

KUCHING: Amalan meraikan setiap perayaan bersama-sama kaum lain mampu mengeratkan hubungan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat, kata Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Timbalan Premier Sarawak itu berkata, seperti yang dapat dilihat kemeriahan sambutan Hari Raya, Hari Gawai, Tahun Baharu Cina dan Hari Krismas dikongsikan bersama-sama oleh pelbagai kaum.

“Amalan ini menjadikan hubungan antara kaum di Sarawak bertambah erat dan masyarakat kita juga dapat terus hidup dalam keadaan yang harmoni.

“Perkara ini juga menjadikan kita berbeza dengan negeri lain di Malaysia. Kepelbagaian ini sekali gus menjadi asas kekuatan di Sarawak,” katanya.

Awang Tengah yang juga Penaung Jati berkata demikian pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Persatuan Anak Jati Lawas di Kuching (Jati) 2022 di Hotel Imperial, malam tadi (31 Mei).

Tambahnya, perpaduan dalam kalangan masyarakat juga menjadikan Kerajaan Sarawak kukuh khususnya semasa pandemik Covid-19.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

9 Jun 2023

Berita Terbaru