ARTIKEL

Keperluan pejabat cawangan KWSP

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JIKA sebut tentang luar bandar, tentu kita terfikir kesukaran untuk mengakses beberapa perkara kerana lokasi yang agak jauh dari bandar.

Mengambil contoh di Bahagian Mukah, antara yang menjadi perhatian ialah kewujudan pejabat cawangan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).

Dengan kepesatan pembangunan dan peluang pekerjaan yang ada, tentunya ia menjadi keperluan untuk rakyat di kawasan ini.

Melihat kepada keluasan Bahagian Mukah, keperluan untuk menubuhkan sebuah pejabat cawangan KWSP sangat mendesak seiring dengan keadaan semasa.

KEPERLUAN MENDESAK

Di samping itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Royston Valentine dan ADUN Balingian Abdul Yakub Arbi pernah membahaskan perkara ini pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lalu.

Menurut Abdul Yakub dan Royston, Mukah membangun seiring dengan kepesatan pelbagai industri, ladang, institusi pendidikan dan syarikat.

Dengan kewujudan industri ini, ramai tenaga kerja dan mereka ialah pencarum KWSP.

Sehingga kini, penduduk di Mukah terpaksa ke Sibu atau Bintulu untuk mendapatkan perkhidmatan berkenaan KWSP.

Tentunya, ia mengambil banyak perkara ataupun perbelanjaan untuk ke bahagian lain semata-mata untuk menguruskan KWSP.

Pada tahun lalu, penulis pernah menguruskan hal KWSP ini di Sibu.

Kebetulan pada waktu itu, terdapat perkhidmatan bas tambang RM1 dan jika ulang-alik ke sana, hanya mengambil perbelanjaan RM2 dari segi pengangkutan.

Tetapi, kini, tiada lagi perkhidmatan bas tambang RM1 dan ia agak mahal jika ke Sibu untuk urusan yang tidak mengambil masa sehingga 10 minit.

Baru-baru ini, kerajaan meluluskan pengeluaran Akaun 3 Fleksibel KWSP dan semasa ia dibuka di Mukah, ramai penduduk di sini mengambil peluang untuk menguruskannya.

Penduduk di kawasan rumah panjang juga tidak melepaskan peluang untuk menguruskannya walaupun barisan agak panjang.

JTK

Sehubungan itu, dengan adanya Program Labour Go Rural Area 5.0 yang di kawasan luar bandar oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak, penduduk di sini berpeluang untuk menguruskan KWSP mereka.

JTK Sarawak membawa beberapa agensi dan jabatan bersama-sama dalam program ini untuk memudahkan penduduk luar bandar.

Semasa program ini diadakan di Daro, reruai KWSP mendapat perhatian ramai.

Menurut petugas reruai KWSP, selepas pengumuman pengeluaran itu dilakukan, semua cawangan KWSP sentiasa penuh dengan kehadiran pencarum.

Ada antara mereka yang ingin mengemas kini maklumat, nombor telefon dan sebagainya.

Jika melihat perkhidmatan yang dilakukan oleh pencarum, ia bukanlah mengambil masa selama satu jam, malah mungkin tidak sampai sepuluh minit jika urusan dipermudahkan.

Mungkin sementara menunggu pejabat KWSP dibina di Mukah, pihak bertanggungjawab perlu sentiasa melakukan program seperti JTK Sarawak iaitu membawa agensi atau jabatan ke kawasan luar bandar.

Justeru, melihat kepada keperluan mendesak penubuhan pejabat KWSP di Mukah, diharapkan cadangan daripada ADUN Tellian dan Balingian mendapat pertimbangan.

BERITA LAIN

KUCING TERAPI AUTISME

TRAGEDI menimpa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemui meninggal di Apartmen Idaman, Damansara Damai, Selangor pada 6 Disember lalu menyentuh hati rakyat

16 jam ‘terperangkap’ di laut

SARAWAK terkenal dengan geografinya yang luas, begitu juga dengan perairannya antara terbesar di Asia. Atas faktor keluasan itu, maka tidak hairan perairan Sarawak memerlukan jumlah

Agrobank iktiraf sumbangan wartawan

AGROBANK melakar sejarah tersendiri apabila menganjurkan Majlis Anugerah Media Agrobank 2024 di Hotel Sheraton, Petaling Jaya pada 29 Mei lalu Agrobank amat berbesar hati memberi

PROMOSI PERCUMA

SENJATA penting dalam perniagaan ialah promosi sebagai usaha dan kegiatan untuk menggalakkan atau mempertingkatkan jualan. Promosi penting untuk memberitahu tentang jenama, produk atau perkhidmatan kepada

Kurangkan gula cegah obesiti

RAMAI yang masih menganggap obesiti bukan sejenis penyakit meskipun Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengklasifi kasikannya sebagai penyakit kronik dan epidemik. Senario ini menyebabkan lebih ramai

BERITA TERBARU

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan