ARTIKEL

Kepesatan ekonomi Sarawak atasi isu penghijrahan individu berkemahiran tinggi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak tidak akan berhadapan dengan isu penghijrahan individu berkemahiran tinggi atau ‘brain drain’ apabila ramai rakyat kembali ke Bumi Kenyalang untuk menyumbang kepada pembangunan negeri ini.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perkara tersebut susulan terdapat perkembangan positif dalam ekonomi Sarawak.

Katanya, ramai profesional Sarawak telah kembali, contohnya seorang doktor yang bekerja di Singapura yang akan menjadi sebahagian daripada pasukan untuk menubuhkan hospital 300 katil yang memberi tumpuan kepada rawatan kanser dan neurosains.

“Selain itu, di Sarawak Metro juga ada seorang jurutera yang sebelum ini bekerja di Transit Kereta Api Ringan (LRT), sudah pulang. Manakala pakar semikonduktor yang berada di Taiwan juga kembali ke negeri ini.

“Ini bermakna, tiada lagi isu penghijrahan individu berkemahiran tinggi. Anak Sarawak akan kembali kerana ekonomi yang semakin meningkat akan memberi manfaat kepada semua,” katanya.

Beliau bekata demikian ketika berucap pada Majlis Sekalung Budi dan Ramah Tamah Aidilfitri Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) di Hotel Raia dan Pusat Konvensyen Kuching, malam tadi.

Abang Johari, yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu, memaklumkan hanya dalam tempoh tujuh tahun di bawah kepimpinannya, Sarawak menyaksikan lonjakan ketara dalam pembangunan ekonomi dengan perpaduan yang kukuh dan kekuatan dalam politik.

BERITA LAIN

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.