ARTIKEL

Kepimpinan Anwar perlu disokong demi kesejahteraan negara, kesejahteraan rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Timbalan Perdana Menteri II Dato Sri Fadillah Yusof ketika tiba pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-15, hari ini.

KUCHING: Kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesepuluh dan Kerajaan Perpaduan perlu disokong demi kejayaan negara dan kesejahteraan
rakyat.

Timbalan Perdana Menteri II Dato Sri Fadillah Yusof berkata Kerajaan Perpaduan berikrar dengan iltizam yang jitu untuk terus menstabilkan iklim politik, memakmurkan ekonomi, menyatupadukan semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum serta mengangkat martabat Malaysia di mata dunia.

“Dengan ini, Dewan ini perlu mengambil ketetapan dan berikrar memberi sokongan sepenuhnya terhadap kepimpinan Ahli Parlimen Tambun selaku Perdana Menteri bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya.

“Bahawasanya Dewan ini berdiri teguh sambil menyokong sepenuhnya pelantikan dan kepimpinan Ahli Parlimen Tambun selaku Perdana Menteri Malaysia kesepuluh,” katanya ketika membentangkan usul undi percaya terhadap Anwar sebagai Perdana Menteri kesepuluh pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-15, hari ini.

Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya menambah Kerajaan Perpaduan komited untuk menggalas amanah rakyat dan sedang giat melaksanakan segala gerak kerja termasuk menyusun strategi baharu bagi mempersiapkan negara menghadapi cabaran politik, ekonomi, sosial, perubahan persekitaran dan sebagainya.

“Menyedari prospek ekonomi dunia tahun hadapan dijangka mengalami kemelesetan, adalah penting Kerajaan Perpaduan mendapat sokongan dalam kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat.

“Ini sekaligus akan memperkukuhkan lagi keyakinan pelabur, komuniti perniagaan serta rakyat,” katanya.

Beliau menambah hasil sokongan tersebut akan menyuntik azam untuk Kerajaan Perpaduan terus komited memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

“Pentadbiran Kerajaan Perpaduan ini akan berlandaskan prinsip tadbir urus yang baik, keadilan serta kesaksamaan sosial termasuk usaha-usaha reformasi bidang-bidang tertentu,” katanya.

BERITA LAIN

Penghulu ‘hero’ kami

BINTANGOR: Tindakan pantas seorang penghulu berjaya menyelamatkan sebuah rumah daripada musnah dalam kebakaran di Kampung Abang Amin di sini, hari ini. Insiden kira-kira jam 10.50

BERITA TERBARU