Kepimpinan tertinggi parti gabungan GPS dijemput mengadap secara maya

KUCHING: Pejabat Ketua Menteri mengesahkan pihaknya dihubungi oleh Istana Negara untuk menghadap Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah secara maya pada 14 Jun depan jam 11 pagi.

Pejabat Ketua Menteri dalam satu kenyataan sebentar tadi memberitahu, pejabat berkenaan telah dihubungi oleh Istana Negara hari ini yang memaklumkan bahawa baginda menjemput presiden parti komponen GPS menghadap melalui persidangan video pada Isnin, 14 Jun 2021 jam 11.00 pagi.

Kenyataan itu merujuk kepada pelbagai laporan di media mengenai Yang Di-Pertuan Agong mengundang para pemimpin parti politik menghadap baginda.

Pagi ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin beredar dari Istana Negara, di sini, selepas kira-kira sejam tiba untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pagi ini.

Suara Sarawak