Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Kepulangan empat pemain utama, tonik tambahan KC FC II

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Kredit tambahan buat skuad pilihan, Kuching City FC II (KC FC II) berdepan Serian FA di Padang D, Petra Jaya dalam Liga SSC-FAS 2021 petang esok apabila empat pemain utamanya bakal diturunkan dalam barisan kesebelasan utama.

Pengurus KC FC II, Awang Azemi Awang Idris menegaskan, kesemua empat pemain iaitu Wan Badzreen Wan Yusuf, Amirul Iqmal Bolhi, Amir Amri Salleh dan Diego Baggio Test yang dipinjam ke skuad senior berada dalam senarai untuk perlawanan petang esok.

“Segalanya terpulang kepada jurulatih sama ada akan mengguna kelibat mereka atau sebaliknya,” ujar Awang Azemi kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau percaya kepulangan empat ayam tambatannya itu menghadir cetusan semangat buat rakan-rakannya yang lain.

Menurut Awang Azemi, mereka akan cuba mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini biarpun sedar tugas tersebut bukan suatu yang mudah.

“Serian FA turut diperkuatkan ramai pemain berpengalaman dan kami perlu berhati-hati. Kealpaan boleh mengundang padah dan saya ingatkan pemain jangan sentiasa peka,” tambah Awang Azemi lagi.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News