ARTIKEL

Dugong. - Foto: king-animal.blogspot.com

Kepupusan rumput laut ancam populasi dugong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

RUMPUT laut yang sering kali diabaikan merupakan bahagian penting dalam ekosistem laut.

Selain menyediakan habitat dan tempat berlindung serta sebagai sumber makanan bagi berbagai spesies laut, termasuk dugong dan penyu, ia juga berperanan mengurangkan kadar karbon dioksida di atmosfera dan memperbaiki kualiti air laut.

Namun, ancaman terhadap rumput laut dilihat semakin meningkat akibat perubahan iklim, pencemaran dan aktiviti manusia.

Selain itu, dugong, mamalia laut yang bergantung kepada rumput laut sebagai sumber makanan utama, juga menghadapi ancaman akibat pemburuan dan penangkapan haram selain kehilangan habitat.

Bagi mengekalkan keseimbangan ekosistem laut, penting bagi semua pihak untuk mengambil langkah-langkah konservasi yang tepat.

Hari Rumput Laut Sedunia yang disambut pada 1 Mac setiap tahun adalah satu usaha untuk memberi kesedaran memelihara dan memulihara tumbuhan itu.

Tarikh tersebut telah diisytihar oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 22 Mei 2022 bagi meningkatkan kesedaran pada semua peringkat dan membantu usaha konservasi rumput laut demi mencapai sasaran Matlamat Pembangunan Mampan 14: Hidupan Bawah Air (SDG 14).

Baca lain  Belanjawan 2024 perlu beri fokus kepada isu sara hidup - Noor Azlan

Antara inisiatif ke arah konservasi rumput laut adalah restorasi dan rehabilitasi habitat.

Potensi nurseri rumput laut sebagai alternatif kepada usaha rehabilitasi dan restorasi habitat yang mampan mempunyai potensi besar untuk dijalankan.

Kajian awalan propagasi rumput laut secara ex situ sedang giat dijalankan terhadap spesies terpilih bersesuaian dengan potensi lokasi yang memerlukan rehabilitasi habitat rumput laut.

Pendapatan awalan kajian di nurseri Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) mendapati, di dalam keadaan terkawal, spesies Halodule pinifolia, 92% hidup segar pada bulan kedua propagasi nya, dan setiap batang individu rumput laut itu akan bercambah 2-3 batang pucuk baru.

Hasil kajian awalan ini memberi suntikan positif untuk rumput laut ini ditanam semula ke habitat semula jadi bagi tujuan rehabilitasi.

Kajian yang dijalankan mendapati rumput laut paling banyak ditemukan di perairan Johor, dan kekurangan rumput laut juga telah menjejaskan populasi dugong.

Dugong disenaraikan sebagai VU (Vulnerable) di bawah The International Union for Conservation of Nature (IUCN) Red List of Threatened Species.

Baca lain  SPR: Dua ADUN yang ditahan disyaki terlibat LTTE kekal sebagai wakil rakyat

Spesies itu juga tersenarai sebagai Spesies Terancam Marin di bawah Akta Perikanan Malaysia 1985 dan Peraturan Perikanan (Kawalan Spesies Terancam) (Pindaan) 2008.

Kepulauan Mersing merupakan satu-satunya tempat di Semenanjung Malaysia di mana spesies ini kerap dan boleh ditemui.

Namun disebabkan ancaman terhadap habitatnya dan ekosistem rumput laut, populasi dugong dilihat semakin mengecil dan terdapat sekurang-kurangnya 19 kematian dugong direkodkan antara 2015 dan 2022, yang kebanyakannya adalah anak/juvenil.

Walaupun tiada anggaran bilangan tepat bagi populasi dugong di Kepulauan Mersing, kajian MareCet mencadangkan bahawa populasi dugong di kawasan tersebut tidak melebihi 100 ekor, dan besar kemungkinan mempunyai bilangan yang lebih kurang dari 100 ekor.

Ini berdasarkan penglihatan yang dibuat sepanjang tinjauan melalui udara sejak 2014 di mana saiz kumpulan yang dilihat tidak pernah melebihi 43 individu (bilangan maksimum dalam kesemua tinjauan yang dijalankan sepanjang tiga tahun).

Kawasan padang rumput laut di Pulau Sibu dan Pulau Tinggi adalah kawasan ragut yang penting bagi dugong, seperti yang dilihat daripada kesan ragutan yang sering dilihat sepanjang tinjauan rumput laut dan kesan ragutan sejak 2014.

Baca lain  Industri perabot Malaysia kekal berdaya saing

Keunikan serta kesuburan kawasan rumput laut di Johor ini bukan sahaja menyokong kemandirian spesies dugong.

Hasil soal selidik bersama komuniti di sekitar Pulau Sibu-Tinggi juga mendapati bahawa keberadaan rumput laut juga memainkan peranan bagi spesies komersial yang lain terutamanya sotong mabang yang menjadikan perairan Pulau Sibu-Tinggi sebagai kawasan bertelur.

Walaupun perairan Pulau Sibu dan Pulau Tinggi telah diwartakan sebagai Taman Laut, namun hanya 38 peratus dugong yang dilihat berada di dalam sempadan Taman Laut di mana kebanyakan pasangan ibu dan anak didapati berada di luar kawasan Taman Laut tersebut.

Justeru bagi memastikan spesies ini tidak lenyap di Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia sedang meneliti dan giat mewartakan kawasan perairan sekitar Gugusan Kepulauan Mersing khusus untuk memberi perlindungan kepada spesies dugong dan habitat nya iaitu rumput laut. – Unit Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat Jabatan Perikanan Malaysia, Wisma Tani, Putrajaya

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh