ARTIKEL

Ketua Bahagian Pencegahan dan Penguatkuasaan Jabatan Hutan Sarawak, Roslan Othman (kanan), bersama pasukan pendakwaan.

Keputusan dua kes rayuan berhubung perintah pelepasan dan pembebasan kapal, lori angkut kayu haram ditetapkan 4 Julai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Mahkamah Tinggi di Sibu hari ini telah memuktamadkan penghujahan lisan dan perbicaraan bagi dua kes rayuan berhubung pemilikan kayu yang menyalahi undang-undang membabitkan sebuah syarikat yang berpangkalan di Sibu dan pekerjanya serta pemilik perdagangan bagi kes lain.

Menurut kenyataan Jabatan Perhutanan Sarawak hari ini, kedua-dua kes melibatkan penahanan kapal dan lori yang mengangkut kayu masing-masing, di mana syarikat dan semua orang yang dituduh telah didakwa atas kesalahan memiliki hasil hutan secara tidak sah di bawah Seksyen 96 (1) Ordinan Hutan, 2015 [Cap. 71].

Pasukan dari Bahagian Pencegahan dan Penguatkuasaan Jabatan Hutan Sarawak serta Pejabat Hutan Wilayah Sibu.

Kerajaan Sarawak, tegasnya, melalui Jabatan Perhutanan Sarawak (FDS) dan Jabatan Peguam Negara, akan terus mempertingkatkan usaha memerangi pembalakan haram dan kesalahan perhutanan, seperti pemilikan kayu yang menyalahi undang-undang oleh dalang dan pelaku, ke arah keadilan serta mengekalkan undang-undang dan ketenteraman.

Sementara itu, jurucakap FDS menegaskan bahawa usaha membanteras jenayah perhutanan dan alam sekitar memerlukan kerjasama erat daripada orang ramai untuk menjadi mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat tentang aktiviti tersebut kepada pihak berkuasa.

Beliau berkata, orang ramai digalakkan untuk melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan yang boleh melaporkan terus kesalahan hutan kepada Pejabat Hutan Wilayah.

“FDS sebagai agensi penguatkuasaan undang-undang menjalankan tugas berkanunnya dalam penguatkuasaan Ordinan Hutan tanpa rasa takut atau pilih kasih,” ujarnya.

Siri hujahan lisan itu dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Muhaimin Zakaria, dari Jabatan Peguam Negara Negeri Sarawak, dan diakhiri oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Fuad Ahmad, bersama Adrian Markus Terang dari FDS.

Kesemua responden bagi kedua-dua kes diwakili Jacob Wong bersama Jessie Wong dari Tetuan Nawi, Wong & Partners.

Hakim Mahkamah Tinggi, Wong Siong Tung, kemudian menetapkan 4 Julai untuk keputusan sama ada mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen sebelum ini atau membatalkan perintah pelepasan dan pembebasan.

BERITA LAIN

Kapit berpotensi pengeluar utama koko

KOTA SAMARAHAN: Bahagian Kapit mempunyai potensi besar untuk dimajukan sebagai salah satu kawasan pengeluar utama koko di Sarawak. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam

Juruteknik mengaku tidak bersalah pukul isteri

PORT DICKSON: Seorang juruteknik yang rakaman video perbuatan dia memukul isterinya menjadi tular di media sosial bulan lepas, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari

BERITA TERBARU