ARTIKEL

BARU BIAN

Keputusan menutup saluran paip gas Petronas Lawas perlu dipertimbangkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LAWAS: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’kelalan Baru Bian menggesa Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mempertimbangkan semula keputusan untuk menutup secara kekal saluran paip gas Petronas bahagian Lawas.

Ia susulan saluran tersebut membawa manfaat besar kepada penduduk tempatan terutama pekerjaan.

Laporan baru-baru ini di The Edge mendedahkan Petronas telah menghentikan sebahagian saluran paip gas Sabah-Sarawak (SSGP) di Lawas berikutan beberapa siri insiden yang memuncak dalam peristiwa force majeure dan kematian tahun lepas.

Meluahkan kekecewaan dengan berita itu, ADUN tersebut menekankan bahawa wujudnya Petronas di kawasan itu telah banyak memberi manfaat kepada penduduk tempatan.

“Terutama sekali dalam bidang pekerjaan kepada ramai anak muda, selain menawarkan banyak bantuan kepada penduduk kampung dan gereja melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.

“Dengan penutupan bahagian saluran paip ini, beberapa orang telah kehilangan pekerjaan mereka dan perlu mencari pekerjaan alternatif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Walaupun sama-sama prihatin terhadap insiden kebocoran dan letupan yang telah berlaku sepanjang tempoh ini, Baru meluahkan harapan agar Petronas mengambil langkah yang perlu untuk memperbaiki struktur dan keselamatan saluran paip supaya operasi boleh diteruskan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU