Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Keputusan merupakan cerminan pengundi terhadap calon

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: “Pengundi telah menzahirkan undian mereka dan keputusan menunjukkan segalanya, ia adalah cerminan bagaimana pengundi melihat calon mereka,” kata Datuk Joseph Salang Gandum yang kalah dalam pertarungan merebut kerusi Parlimen Julau.

Kerusi tersebut dimenangi oleh Parti Bangsa Malaysia (PBM), Larry Sng Wei Shien dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kali ini.

Katanya, jumlah undian yang ditunjukkan pengundi untuk parti lawan jelas mengejutkan dan pastinya beliau mengakui pengundi sememangnya tidak dapat dijangka dan sukar diramal.

“Untuk tempoh ini kita dapat lihat bagaiamana kita akan perasan keputusan pengundi sangat rendah dengan jumlah keseluruan jika di berbadingkan jumlah nombor pengundi yaang berdaftar di kawasan.

“Kawasan kita ada lebih 34,000 pengundi kita dapat lihat hanya 22 ,000 pengundi yang kelaur saya rasa ia sangat rendah suatu yang mengejutkan,” katanya ketika ditemui pemberita.

Malah katanya, sepanjang berkempan pengundi dilihat sangatt teruja dan mereka mereka punyai keyakinan untuk kita tetapi ia jelas tidak seperti keputusan yang ditunjukkan kali ini.

“ Saya terima keputusan ini dan dalam kehidupan kita kadang-kadang memang ada menang dan gagal, walaupun sekiranya saya tidak gembira keputusan yang ada kita tidak mampu dapat buat apa-apa.

“Kita harap dalam masa akan datang kita akan lalukan analisis kenapa situasi ini berlaku dan langkah penyelesiaan dapat dibuat, kita sebenarnya tidak tahu apa yang berlaku pada kali ini,” jelasnya lagi.

Pada PRU-15 kali ini menyaksikan Larry Soon @Larry Sng Wei dari Parti Bangsa Malaysia memenangi kerusi Parlimen Julai dengan undian 9,159 undi dengan majoriti 4,219.

Beliau berjaya mengalahkan calon GPS, Datuk Joseph Salang Gandum dengan 7819 undi diikuti calon dari Parti Bansa Dayak, Susan George hanya memperoleh 335 undi pada kali ini.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru