Trending

Keputusan muktamad pembinaan Pusat Kanser Sarawak diumum tidak lama lagi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
BERCAKAP… Zaliha bercakap kepada pemberita selepas Melawat Tapak Cadangan Projek Pusat Kanser Sarawak, berdekatan Pusat Jantung Sarawak, di sini, hari ini.

KOTA SAMARAHAN: Keputusan bagi pembinaan Pusat Kanser Sarawak akan dimuktamadkan dalam masa terdekat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Dr Zaliha Mustafa.

Menteri Kesihatan itu berkata, ketika ini Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak sedang berbincang termasuk melihat potensi tapak untuk pembinaan institusi kesihatan tersebut.

Katanya, disebabkan itu beliau bersama-sama dengan Timbalan Premier Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni serta wakil dari Pusat Jantung Sarawak dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak mengadakan tinjauan ke lokasi tersebut.

“Kita buat kerja lapangan dahulu termasuk melihat sendiri potensi tapak, kemudian akan menyampaikan kepada Perdana Menteri dan Kabinet untuk mendapatkan persetujuan.

“Sekiranya, ia dipersetujui oleh kedua-dua pihak, asudah pasti mudah untuk kita meneruskan projek ini.

“Justeru, saya berharap agar ia dapat dimuktamadkan dalam masa terdekat sekali gus akan ada pengumuman daripada Perdana Menteri berkenaan usaha itu, insya-Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di aras bumbung Pusat Jantung Sarawak semasa Melawat Tapak Cadangan Projek Pusat Kanser Sarawak, berdekatan Pusat Jantung Sarawak, di sini, hari ini.

Mengenai lawatan tersebut, beliau memaklumkan sebagai jawatankuasa kerja mereka perlu menyediakan apa yang perlu termasuk potensi tapak sebelum dibentangkan kepada Perdana Menteri dan Kabinet.

Dalam pada itu, Sim sebelum ini memaklumkan bahawa proses pembinaan Pusat Kanser Sarawak perlu dipercepatkan tanpa menunggu keputusan politik.

TINJAUAN… Zaliha (dua kanan), Sim (kanan) dan Lukanisman (tiga kanan) meninjau cadangan tapak bagi projek pembinaan Pusat Kanser Sarawak dari aras bumbung Pusat Jantung Sarawak.
TAPAK… tapak yang berpotensi untuk pembinaan Pusat Kanser Sarawak berdekatan Pusat Jantung Sarawak.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru