KPM memaklumkan bahawa keputusan SPM bagi 2022 akan dikeluarkan pada 8 Jun 2023.
Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan SPM 2022 daripada sekolah masing-masing mulai 10 pagi pada tarikh tersebut.
Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.
Seramai 403,637 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM Tahun 2022 di 3,355 buah pusat peperiksaan di seluruh negara dan seramai 131,318 petugas peperiksaan dilantik bagi keseluruhan peperiksaan ini.