HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Keputusan tarikh PRU-15 tidak perlu dipersoalkan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Datuk Amar Douglas Uggah Embas

KUCHING: Tiada keperluan untuk mempersoalkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menentukan urusan Pilhan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Jelasnya, semua pihak harus akur dengan sebarang keputusan yang ditentukan oleh badan bebas itu terutama dalam urusan proses pilihan raya.

Ia termasuk tempoh 14 hari berkempen yang dikatakan tidak mencukupi oleh sesetengah pihak parti politik.

“Apa isunya? Masa tidak cukup, apabila SPR sudah membuat ketetapan masa (tarikh-tarikh penting), kita harus patuh dan akur dengan keputusan mereka.

“Mengapa perlu dipersoal keputusan SPR, kita (Gabungan Parti Sarawak) akan patuh kepada apa sahaja keputusan mereka, dan kini GPS sudah bersedia, kita telah menyediakan jentera parti untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis pelancaran buku Antropologi Isu Orang Asli di Hotel Pullman Kuching di sini, hari ini.

Terdahulu PKR Sarawak menyifatkan tempoh 14 hari berkempen yang ditetapkan SPR tidak ideal malah mereka mahukan keadilan dari pihak bertanggungjawab berhubung penetapan tersebut.

Timbalan Pengerusi PKR negeri Abun Sui Anyit berkata pihaknya telah mencadangkan agar tempoh kempen dilakukan dalam masa sekurang kurangnya 21 hari khususnya di Sarawak yang mempunyai keadaan geografi yang luas untuk bertemu dengan penyokong.

“Walaupun tidak 21 hari, sekurang-kurangnya ia ditambah berbanding 11 seperti sebelum ini (2018),” katanya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru