Keputusan tidak mengadakan PKP di S’wak di buat atas pertimbangan dan pengalaman wajar

KUCHING: Dalam suasana statistik Covid-19 meningkat secara mendadak kebelakangan ini, JPBN membuat keputusan untuk tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berdasar kepada pengalaman lampau.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, berpandukan kepada data dan keadaan di lapangan JPBN Sarawak terus mengenakan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) di tempat berlakunya kes jangkitan.

“Ini sejajar dengan dasar Jejak, Uji, Kuarantin, Sisih dan didapati ia lebih praktikal berbanding dengan menutup di seluruh daerah atau negeri yang terlibat dengan melaksanakan PKP.

“Ini kerana Kerajaan Sarawak mengambil kira impak terhadap kegiatan ekonomi di negeri ini,” katanya dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri semalam.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 12 Mei 2021

Suara Sarawak