ARTIKEL

Abang Johari berucap pada Majlis Kemuncak HAWANA 2024, hari ini. - Foto: Ramidi Subari

Kerajaan alu-alukan penganjuran SMeC setiap tahun di Sarawak bagi industri media

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengalu-alukan penganjuran Persidangan Media Sarawak (SMeC) di negeri ini sebagai acara tahunan.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata persidangan itu penting bagi membolehkan perbincangan perkara berkaitan industri media berlaku.

“Semalam (27 Mei), kita telah berkongsi mengenai dasar berkaitan kewartawanan, dan ini adalah kali pertama kita mengadakan persidangan khas mengenai industri media.

“Insya-Allah, kita akan mengadakannya setiap tahun di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, hari ini.

Pada masa sama, Abang Johari mencadangkan agar Sarawak mempamerkan semua peralatan teknologi yang digunakan oleh wartawan, terutamanya teknologi terkini, pada Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) akan datang.

Beliau menekankan bahawa selain daripada menghantar isyarat melalui ruang udara, Sarawak juga menggunakan penghantaran data untuk menyampaikan maklumat.

“Dengan data, kita menghantar maklumat, tetapi kita juga perlu memahami peralatan (teknologi) yang digunakan.

“Untuk persidangan Sarawak (IDECS) yang akan datang, saya mencadangkan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol, agar kita juga mempamerkan semua peralatan yang digunakan oleh wartawan, terutamanya teknologi terkini yang digunakan,” katanya.

Abang Johari turut menyatakan bahawa peralihan teknologi kini begitu pantas sehinggakan wartawan perlu menyesuaikan diri dengan teknologi yang digunakan dalam industri media.

“Pada hari sebelumnya, saya berkongsi tentang kepentingan kecerdasan buatan generatif yang akan mengubah landskap pemberitaan secara keseluruhan.

“Di situlah berita palsu dan berita sebenar dapat dibezakan, jika kita memahami peralatan serta perisian yang digunakan dalam penyebaran maklumat,” ujarnya.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU

Zii Jia juara Terbuka Australia

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia meraih gelaran kedua musim ini selepas  merangkul kejuaraan Terbuka Australia 2024 dengan menewaskan wakil Jepun

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang — Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat