ARTIKEL

Foto BERNAMA

Kerajaan anjur 5,000 sesi jualan Agro MADANI tahun ini – Mohamad Sabu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MELAKA: Kerajaan akan menganjurkan 5,000 sesi jualan Agro MADANI dengan nilai sasaran jualan sebanyak RM39 juta pada tahun ini, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu. 

Beliau berkata setakat 27 Ogos lepas, sebanyak 1,559 program jualan dilaksanakan di kementerian dan agensi kerajaan di seluruh negara membabitkan jualan sebanyak RM32.7 juta dan penjimatan sebanyak RM9.81 juta.

“Sebanyak 25,073 usahawan menyertai program jualan ini membabitkan 779,000 pengunjung,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata menerusi Jualan Agro MADANi itu, komoditi jualan diperluas meliputi produk segar dan barang kawalan dengan penjimatan 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran setempat bagi komoditi terpilih.

Katanya Jualan Agro MADANI akan terus diperkasa sebagai satu daripada usaha berterusan kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyat di samping meningkatkan pendapatan usahawan tani.

Program Jualan Agro MADANi merupakan satu daripada inisiatif kerajaan bagi membantu rakyat di seluruh negara terutamanya di kawasan berkepadatan penduduk. – BERNAMA

BERITA LAIN

Ibu Menteri Pendidikan meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Ibu kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, Datin Dr Siti Zalikhah Mohd Nor, meninggal dunia pada 9.30 pagi tadi. Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat

Polis lumpuhkan sindiket penipuan guna fail APK

KUALA LUMPUR: Polis berjaya melumpuhkan sindiket penipuan yang menggunakan fail aplikasi APK (android package kit) ekoran penahanan dua lelaki tempatan dalam serbuan di Pulau Pinang

BERITA TERBARU