ARTIKEL

Facebook Ministry of Transport Malaysia

Kerajaan benarkan syarikat penerbangan kenakan caj pelepasan karbon – Loke

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Kementerian Pengangkutan pada dasarnya bersetuju membenarkan syarikat penerbangan mengenakan bayaran tambahan bagi menampung pelepasan karbon mereka.


Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, syarikat penerbangan tertentu akan menggunakan bayaran tambahan itu bagi membeli bahan api penerbangan mampan (SAF), manakala yang lain akan membayar kredit karbon untuk mengimbangi pelepasan karbon mereka.


“Sudah tentu Malaysia juga akan mengambil langkah-langkah tertentu, namun ia tidak diwajibkan untuk semua syarikat penerbangan,” kata Loke.


Beliau mengulas sama ada Malaysia akan mengikut langkah Singapura yang mengenakan levi bahan api hijau ke atas penerbangan mulai 2026.


Setakat ini syarikat penerbangan di negara ini digalak menerapkan penggunaan SAF, namun ia melibatkan kos tertentu.

BERITA LAIN

Muhammad Azeem, rakan ungguli 4X100 meter di Florida

KUALA LUMPUR: Pelari pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi, terus menampilkan larian bertenaga untuk membantu kuartet 4×100 meter (m) lelaki Universiti Auburn meraih pingat emas pada Kejohanan Olahraga

Teknologi AI perkasa PKS untuk tingkatkan kecekapan

KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mampu memperoleh kelebihan daya saing mereka dengan memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI), yang merangkumi AI dokumen, AI umum, AI generatif, model

BERITA TERBARU

Rumah musnah terbakar, penghuni selamat

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Pa Umor, Bario milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, musnah dalam insiden

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap

Saingan harga tiket penerbangan ke Sarawak

KUCHING: Pengumuman syarikat penerbangan milik Sarawak yang dijangka beroperasi pada tahun hadapan diharap dapat menurunkan harga tiket kepada anak Sarawak. Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman