ARTIKEL

Bernama

Kerajaan beri cuti tanpa rekod Deepavali kepada penjawat awam Hindu di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Kerajaan bersetuju memberi cuti tanpa rekod (CTR) sempena perayaan Deepavali kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan menganut agama Hindu yang berkhidmat di Sarawak.

Perkara berkenaan dinyatakan dalam surat edaran bertarikh 9 November 2023 ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Zulkapli Mohamed yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Menurut surat edaran itu, sekiranya perayaan Deepavali jatuh pada hari bekerja, pegawai boleh memohon CTR pada hari berkenaan, manakala sekiranya Deepavali jatuh pada hari Ahad, pegawai boleh memohon CTR pada hari bekerja berikutnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU