ARTIKEL

Kerajaan beri jaminan tidak berlaku kenaikan harga ayam  mendadak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan tidak akan berlaku kenaikan harga ayam secara mendadak susulan langkah penamatan subsidi dan kawalan harga ayam berkuat kuasa 1 Nov ini, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata hal ini memandangkan ketika ini, rata-rata peniaga menjual ayam jauh lebih rendah daripada harga siling ditetapkan sejak Februari 2022 iaitu RM9.40 sekilogram, selain jaminan pembekal bahawa bekalan sumber protein itu mencukupi buat masa ini dan masa hadapan.

“Oleh itu, kalau berlaku pengapungan kita berkeyakinan harganya tidak akan naik mendadak, ia akan stabil, kalau naik mendadak kita akan tanya kenapa, sebab bekalan cukup.

“Yang selalu naik mendadak bila bekalan tidak cukup, sekarang pihak pembekal jamin bahawa bekalan cukup dan kalau tak cukup kita siap sedia bawa dari luar dengan segera,” katanya dalam sidang media penamatan kawalan harga dan subsidi ayam di sini hari ini.

Terdahulu, Mohamad berkata rasional penamatan subsidi secara pukal itu adalah untuk mengurangkan ketirisan subsidi yang turut dinikmati oleh warga asing dan golongan berpendapatan tinggi.–BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

10 juta pelanggan, pengguna5G hampir 30 peratus

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan hampir 10.07 juta langganan perkhidmatan rangkaian 5G atau menyamai kadar penggunaan sebanyak 29.9 peratus setakat 31 Januari 2024, kata Menteri Komunikasi Fahmi

Cadangan untuk mendakwa pencuri kandungan berita

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi bercadang membangunkan sistem asas agar pemilik berita atau pencipta kandungan boleh membuat aduan sekiranya kandungan itu digunakan tanpa kebenaran. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil

BERITA TERBARU

China keluarkan amaran cuaca buruk

BEIJING: Amaran cuaca buruk diumumkan di seluruh kawasan China pada Rabu ketika suhu menjunam di selatan, dengan Beijing kini dalam keadaan bersalji. Pihak berkuasa memperbaharui

KUCHING: Sebanyak lapan syarikat di bawah Program Gate to Global (GTG) MARA menyertai Pameran Perdagangan Antarabangsa Gulfood 2024 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Pameran di

Song Hye Kyo biarawati Dark Nuns

Pelakon Korea Selatan, Song Hye Kyo kembali ke dunia lakonan dengan membintangi fi lem Dark Nuns.  Selain Hye Kyo, terdapat bintang lain seperti Vincenzo Jeon

Terima kasih Tun Taib

ALLAHYARHAM TUN PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD tokoh Sarawak disegani membawa pelbagai perubahan kepada masyarakat berbilang kaum dan agama di Bumi Kenyalang. Mempelopori bidang politik,